Abdul Hadi tidak dinamakan sebagai calon Pengerusi PN - Takiyuddin

Takiytuddin bercakap kepada pemberita ketika sidang media Timbalan Setiausaha Agung PN di Pejabat Agung Pas Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada Isnin.
Takiytuddin bercakap kepada pemberita ketika sidang media Timbalan Setiausaha Agung PN di Pejabat Agung Pas Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR – [KEMAS KINI] Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak dinamakan sebagai calon Pengerusi Perikatan Nasional.

Takiyuddin berkata, ini kerana Perlembagaan PN tiada peruntukan yang menetapkan jawatan pengerusi gabungan itu mesti dipilih dalam kalangan presiden parti anggota.

"Jadi Pas berpandangan jika di kalangan parti anggota bersetuju Pas menjadi parti yang menganggotai PN, maka sesiapa sahaja yang dicalonkan atau diusulkan oleh Pas untuk memegang jawatan berkenaan adalah layak.

“Jawatan itu tidak semestinya diberikan kepada Presiden Pas semata-mata.

"Itu yang kita faham berdasarkan kepada peruntukan dalam Perlembagaan,” katanya ketika dalam sidang media Timbalan Setiausaha Agung PN di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN.

Peletakan jawatan itu disahkan sendiri bekas Perdana Menteri tersebut menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa yang mana peletakan jawatannya sebagai Pengerusi gabungan itu berkuat kuasa 1 Januari ini.

Susulan itu, timbul pelbagai spekulasi calon akan menerajui PN termasuk Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar.

Sebelum ini, wujud beberapa desakan daripada Pas termasuk oleh Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mahu jawatan  Pengerusi PN diberikan kepada Pas.

Artikel Berkaitan:

Ujar Takiyuddin, sebelum ini Muhyiddin  pernah mempelawa Pas untuk menjadi parti peneraju gabungan tersebut.

"Semua orang tahu bahawa kita sebut Bersatu dan semua bersetuju. Sebelum ini, kita tetapkan Tan Sri Muhyiddin dulu (jadi Pengerusi PN dulu). 

"Apabila berlaku perletakan jawatan maka kita tawarkan ahli parti kami. Jadi apabila dipersetujui maka kita akan kemukakan calon kita untuk Pengerusi PN.

"Oleh karena ia disahkan oleh Mesyuarat Tertinggi Pas, saya boleh sebutkan bahawa ia (pengerusi PN) bukan presiden Pas," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak dinamakan sebagai calon Pengerusi Perikatan Nasional
  • Perlembagaan PN tiada peruntukan yang menetapkan jawatan pengerusi mesti dipilih daripada presiden parti anggota
  • Pas berpandangan sesiapa yang diusulkan oleh Pas layak memegang jawatan pengerusi PN
  • Jawatan pengerusi tidak semestinya diberikan kepada Presiden Pas
  • Pernyataan diberikan dalam sidang media di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
SHAH ALAM – Aplikasi peta AMap yang dibangunkan di China didakwa memaparkan garisan tuntutan 'Nine Dash Line' yang dilihat mencabar kedaulatan sempadan perairan negara.
Bekas Jurulatih Penerbangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Ezairol Rezan Zainol berkata, ini merupakan satu cara halus pihak tertentu dari China meletakkan agenda mereka melalui aplikasi yang dibina, dan ia bukan perkara remeh.
Menurutnya, walau sehebat atau sebaik mana aplikasi tersebut, kedaulatan negara perlu diutamakan.
“Aku mula-mula pun teruja juga, ingat nak pasang dan cuba. Tapi lepas tengok dalam peta AMap dengan jelas ada garisan 'Nine Dash Line', aku batalkan hasrat.
“Dari perkongsian ramai yang aku baca di ruangan komen, aplikasi AMap memang tepat, tapi hanya bila digunakan di dalam negara China sahaja. Bab tepat atau tidak, itu nombor dua. Namun perkara paling penting dan utama di sini ialah kewujudan 'Nine Dash Line' yang mereka sengaja letakkan dalam aplikasi itu.
“Aku tidak akan sokong. Bagi aku, aplikasi AMap secara halus mencabar kedaulatan negara yang pernah aku jaga dan lindungi dulu. Ini bukan perkara main-main. Kesetiaan kepada negara adalah lebih utama,” ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook.
Tambah Mohd Ezairol, perkara itu bukan sekadar isu aplikasi, tetapi satu ancaman "territorial claims establishment" yang dimulakan dan cuba ditanam kepada generasi muda masa kini.
Jelasnya, aplikasi itu secara tersirat seolah-olah mengiktiraf tuntutan China terhadap sempadan perairan negara.
“Bayangkan jika berjuta rakyat Malaysia, Filipina, Vietnam dan Indonesia yang memuat turun aplikasi ini. Tidak mustahil, 20 hingga 30 tahun dari sekarang, golongan yang tidak mahu belajar sejarah akan menganggap 'Nine Dash Line' itulah sempadan negara China.
“Boleh lihat peta dalam aplikasi AMap itu. Beting Serupai dinamakan Zengmu Ansha manakala Kepulauan Spratly dinamakan sebagai Nansha Qundao.
“Semuanya kerana kita diam dan kita 'endorse' aplikasi negara mereka yang secara sengaja mencabar kedaulatan sempadan perairan kita,” tegasnya.
Beliau turut berharap agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengharamkan aplikasi AMap di Malaysia.
“Ini jelas mencabar kedaulatan negara kita.
“Mungkin kata-kataku ini bunyinya agak keras, tapi satu aku nak ingatkan – jangan sampai kita diperbodohkan dan menjadi ‘pengkhianat’ kepada tanah air sendiri,” katanya.
SHAH ALAM – Aplikasi peta AMap yang dibangunkan di China didakwa memaparkan garisan tuntutan 'Nine Dash Line' yang dilihat mencabar kedaulatan sempadan perairan negara. Bekas Jurulatih Penerbangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Ezairol Rezan Zainol berkata, ini merupakan satu cara halus pihak tertentu dari China meletakkan agenda mereka melalui aplikasi yang dibina, dan ia bukan perkara remeh. Menurutnya, walau sehebat atau sebaik mana aplikasi tersebut, kedaulatan negara perlu diutamakan. “Aku mula-mula pun teruja juga, ingat nak pasang dan cuba. Tapi lepas tengok dalam peta AMap dengan jelas ada garisan 'Nine Dash Line', aku batalkan hasrat. “Dari perkongsian ramai yang aku baca di ruangan komen, aplikasi AMap memang tepat, tapi hanya bila digunakan di dalam negara China sahaja. Bab tepat atau tidak, itu nombor dua. Namun perkara paling penting dan utama di sini ialah kewujudan 'Nine Dash Line' yang mereka sengaja letakkan dalam aplikasi itu. “Aku tidak akan sokong. Bagi aku, aplikasi AMap secara halus mencabar kedaulatan negara yang pernah aku jaga dan lindungi dulu. Ini bukan perkara main-main. Kesetiaan kepada negara adalah lebih utama,” ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook. Tambah Mohd Ezairol, perkara itu bukan sekadar isu aplikasi, tetapi satu ancaman "territorial claims establishment" yang dimulakan dan cuba ditanam kepada generasi muda masa kini. Jelasnya, aplikasi itu secara tersirat seolah-olah mengiktiraf tuntutan China terhadap sempadan perairan negara. “Bayangkan jika berjuta rakyat Malaysia, Filipina, Vietnam dan Indonesia yang memuat turun aplikasi ini. Tidak mustahil, 20 hingga 30 tahun dari sekarang, golongan yang tidak mahu belajar sejarah akan menganggap 'Nine Dash Line' itulah sempadan negara China. “Boleh lihat peta dalam aplikasi AMap itu. Beting Serupai dinamakan Zengmu Ansha manakala Kepulauan Spratly dinamakan sebagai Nansha Qundao. “Semuanya kerana kita diam dan kita 'endorse' aplikasi negara mereka yang secara sengaja mencabar kedaulatan sempadan perairan kita,” tegasnya. Beliau turut berharap agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengharamkan aplikasi AMap di Malaysia. “Ini jelas mencabar kedaulatan negara kita. “Mungkin kata-kataku ini bunyinya agak keras, tapi satu aku nak ingatkan – jangan sampai kita diperbodohkan dan menjadi ‘pengkhianat’ kepada tanah air sendiri,” katanya.