Sektor kreatif digital, animasi berimpak tinggi agenda baharu TVET - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (tengah) menerima taklimat mengenai inisiatif baharu melibatkan sebuah projek nasional berkaitan TVET pada Isnin. Foto FB Zahid Hamidi
Ahmad Zahid (tengah) menerima taklimat mengenai inisiatif baharu melibatkan sebuah projek nasional berkaitan TVET pada Isnin. Foto FB Zahid Hamidi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sektor kreatif digital dan animasi berimpak tinggi dikenal pasti sebagai fokus baharu dalam agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memacu pembangunan modal insan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sektor ini mampu melahirkan tenaga mahir, mencipta peluang pekerjaan bernilai tinggi serta mengangkat imej Malaysia di peringkat global.

"Hari ini saya menerima taklimat mengenai projek nasional baharu TVET yang dirangka khusus melalui pendekatan industri kreatif dan animasi berimpak tinggi.

"Pendekatan yang menghubungkan latihan, industri dan penciptaan harta intelek ini wajar diteroka secara serius dan berperingkat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata, agenda TVET akan terus diperkukuh agar kekal relevan dengan keperluan industri masa hadapan termasuk dalam sektor kreatif digital yang sedang berkembang pesat. - Bernama 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sektor kreatif digital dan animasi menjadi fokus baru dalam agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
  • Timbalan Perdana Menteri menyatakan sektor ini dapat meningkatkan kemahiran, mencipta peluang pekerjaan bernilai tinggi dan meningkatkan imej Malaysia secara global
  • Ditakrif dengan pendekatan yang mengintegrasikan latihan, industri dan penciptaan harta intelek
  • TVET menerima taklimat mengenai projek nasional baru yang berfokus pada industri kreatif dan animasi
  • Agenda TVET akan diperkukuh untuk kekal relevan dengan keperluan industri masa hadapan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!