USJT Bukit Aman siasat laporan dibuat bekas PTD

Laporan Sinar Harian berhubung Muhammad Hafizuddeain membuat dua laporan polis terhadap Chegubard - Gambar kecil (Fadil Marsus)
Laporan Sinar Harian berhubung Muhammad Hafizuddeain membuat dua laporan polis terhadap Chegubard - Gambar kecil (Fadil Marsus)
A
A
A

KUALA LUMPUR – Siasatan berkaitan dua laporan polis yang dibuat oleh bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan terhadap aktivis Pembela Tanah Air (Peta), Chegubard, telah diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya telah menerima laporan polis berkenaan pada Isnin.

“Saya mengesahkan ada menerima laporan tersebut. Isi kandungan dan siasatan telah diambil alih oleh USJT JSJ Bukit Aman,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Hafizuddeain membuat dua laporan polis susulan dakwaan pendedahan maklumat peribadi dan tuduhan tidak berasas.

Peguam kepada Hafizuddeain, Aizul Rohan Anuar dilaporkan berkata, anak guamnya mendakwa Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard telah memuat naik satu hantaran berkaitan maklumat perbankan di laman sosial Facebook pada 19 Disember tahun lalu.

Hafizuddeain tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersama peguamnya itu pada jam 12.30 tengah hari untuk membuat laporan polis.

Aizul berkata, dalam satu lagi laporan, Hafizuddeain turut membuat laporan berhubung dakwaan bahawa beliau memiliki serta memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Siasatan terhadap dua laporan polis oleh bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan terhadap Chegubard diambil alih oleh USJT Bukit Aman
  • Ketua Polis Kuala Lumpur mengesahkan penerimaan laporan tersebut
  • Dua laporan polis itu berkaitan dengan dakwaan pendedahan maklumat peribadi dan tuduhan tidak berasas
  • Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard didakwa memuat naik maklumat perbankan Hafizuddeain di Facebook
  • Hafizuddeain juga membuat laporan berhubung dakwaan memiliki dan memakai jam tangan mewah Patek Phillipe

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!