Wanita bebas pertuduhan abai kanak-kanak lelaki

Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin melepas dan membebaskan seorang wanita daripada pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, pada 2023. Foto Bernama
Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin melepas dan membebaskan seorang wanita daripada pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, pada 2023. Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin melepas dan membebaskan seorang wanita daripada pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, pada 2023.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad membuat keputusan itu terhadap Norriza Khamis, 48, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut.

"Oleh yang demikian tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. Wang jaminan dikembalikan,” katanya.

Norriza didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah meninggalkan kanak-kanak itu tanpa persediaan pengawasan dan pemeliharaan yang munasabah di sebuah rumah di Taman Putra Permai 2 di sini pada 24 Julai 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.S. Vitthiyeswary manakala wanita itu diwakili peguam Mohamad Khazali Yin dan Mahinderjit Singh.

Perbicaraan dari 19 Mac hingga 17 Disember 2025 melibatkan lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk Norriza.

Sementara itu, semasa ditemui Norriza memberitahu sangat bersyukur dan berasa lega dengan keputusan tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mahkamah Sesyen di Ipoh melepas dan membebaskan seorang wanita dari pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada 2023
  • Hakim Ainul Shahrin Mohamad mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut
  • Norriza Khamis dituduh meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengawasan yang munasabah pada 24 Julai 2023
  • Pertuduhan mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan hukuman maksimum RM20,000 atau penjara lima tahun
  • Perbicaraan melibatkan lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk Norriza dari 19 Mac hingga 17 Disember 2025

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!