Lelaki Bangladesh disyaki guna PLKS palsu cuba berlepas ke Dhaka

AKPS menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki menggunakan PLKS palsu semasa hendak berlepas ke Dhaka, Bangladesh pada Ahad.
AKPS menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki menggunakan PLKS palsu semasa hendak berlepas ke Dhaka, Bangladesh pada Ahad.
A
A
A

SEPANG – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu semasa cubaan berlepas ke Dhaka, Bangladesh pada Ahad.

AKPS dalam kenyataan berkata, pemeriksaan dijalankan terhadap seorang penumpang yang dijadualkan berlepas ke Dhaka pada jam 7.25 malam menaiki penerbangan pesawat.

Menurutnya, penahanan dibuat AKPS KLIA kira-kira jam 4.40 petang di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 2.

"Pemeriksaan awal mendapati lelaki berusia 39 tahun yang juga pemegang pasport Bangladesh memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (ePass) yang dikepilkan di dalam pasportnya.

"Namun, setelah semakan lanjut dibuat, pas tersebut disyaki tidak sah dan palsu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, susulan itu, individu tersebut telah ditahan dan ditempatkan di Depot Imigresen KLIA Terminal 2 sebelum diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan AKPS KLIA bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Kata AKPS, pihaknya menegaskan komitmen berterusan dalam memperketat kawalan keselamatan sempadan negara serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan penyalahgunaan dokumen perjalanan atau pas imigresen.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • AKPS menggagalkan cubaan seorang lelaki warga Bangladesh menggunakan PLKS palsu untuk berlepas ke Dhaka
  • Pemeriksaan dijalankan pada seorang penumpang yang dijadualkan berlepas ke Dhaka
  • Penahanan dibuat di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 2
  • Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang dikepilkan dalam pasport disyaki tidak sah dan palsu
  • Individu ditahan dan ditempatkan di Depot Imigresen KLIA Terminal 2 untuk siasatan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!