Warga emas hilang dari pusat jagaan sejak seminggu

MUAR - Seorang penghuni pusat jagaan warga emas di Jalan Arab di sini, dilaporkan hilang sejak seminggu lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, Muhamad Lim Abdullah, 61 dipercayai keluar dari pusat jagaan tersebut pada kira-kira 11.30 pagi, Isnin lalu.
“Pada awalnya, pihak pusat jagaan menjangkakan mangsa pulang ke rumah ahli keluarganya di Melaka.
Namun, semakan dengan ahli keluarga mengesahkan bahawa mangsa tidak pernah sampai ke Melaka dan sejak itu tidak dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan.
Jelasnya, warga emas terbabit memiliki ciri fizikal berkulit cerah dan botak.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan atau mengenali mangsa diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten SuprintendanSuhaimi Ahmad di talian 013-3975290," ujarnya.
Ringkasan AI
- Seorang penghuni pusat jagaan warga emas di Jalan Arab, Muar hilang sejak seminggu lalu
- Muhamad Lim Abdullah, 61, dipercayai keluar dari pusat jagaan tersebut pada kira-kira 11.30 pagi, Isnin lalu
- Pusat jagaan menjangkakan mangsa pulang ke rumah ahli keluarganya di Melaka tetapi mangsa tidak pernah sampai ke Melaka
- Warga emas itu mempunyai ciri fizikal berkulit cerah dan botak
- Orang ramai diminta membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Suprintendan Suhaimi Ahmad
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

