AKPS rampas 1.2 tan daging sejuk beku dari Australia

Rampasan daging sejuk beku di Zon Komersial Bebas Kargo KLIA pada Khamis. Foto AKPS
Rampasan daging sejuk beku di Zon Komersial Bebas Kargo KLIA pada Khamis. Foto AKPS
A
A
A

SEPANG - Cubaan membawa masuk lebih 1.2 tan daging lembu dan kambing sejuk beku melalui Zon Komersial Bebas (FCZ) di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya digagalkan pada Khamis.

Tindakan dilaksanakan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA hasil pemeriksaan ke atas satu konsainan import kira-kira jam 7 malam.

AKPS KLIA dalam kenyataan berkata, pemeriksaan mendapati daging lembu dan kambing sejuk beku berkenaan gagal mematuhi syarat permit import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) apabila pihak pengimport tidak dapat mengemukakan sijil kesihatan asal yang sah dari negara pengeksport.

“Komoditi seberat 1,234.90 kilogram berkenaan diimport dari Australia oleh sebuah syarikat tempatan dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM134,057.37.

"Kesemua barangan rampasan ditahan bagi tindakan lanjut mengikut prosedur serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya pada Jumaat.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana gagal mematuhi syarat permit import yang ditetapkan.

AKPS turut menegaskan komitmen berterusan agensi itu dalam memastikan kawalan kemasukan barangan import ke negara ini sentiasa mematuhi perundangan serta tidak menjejaskan keselamatan, kesihatan awam dan kepentingan negara.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Cubaan menyeludup lebih 1.2 tan daging lembu dan kambing sejuk beku ke Malaysia digagalkan di KLIA
  • Tindakan ini dilakukan oleh AKPS KLIA selepas pemeriksaan konsainan import pada sekitar jam 7 malam
  • Pemeriksaan mendapati daging tersebut gagal memenuhi syarat permit import kerana ketiadaan sijil kesihatan asal
  • Daging seberat 1,234.90 kilogram itu diimport dari Australia oleh syarikat tempatan dengan nilai rampasan RM134,057.37
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 kerana melanggar syarat permit import

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!