KPM menjunjung titah Sultan Ibrahim, RPM 2026-2035 martabat Bahasa Melayu

KPM menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menyentuh mengenai pendidikan negara. - Gambar hiasan
KPM menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menyentuh mengenai pendidikan negara. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Ke-15.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, kementerian itu memaklumkan sedang memberi tumpuan terhadap pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan Kurikulum Baharu Prasekolah.

Jelas KPM, RPM 2026-2035 adalah kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah tamat pada tahun lalu dengan matlamat utamanya untuk meningkatkan mutu pendidikan negara demi anak-anak Malaysia.

'Seperti yang dititahkan Sultan Ibrahim, RPM 2026-2035 memberi penekanan kepada usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris serta bahasa-bahasa lain sebagai nilai tambah kepada murid.

"KPM memastikan titah Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan demi penambahbaikan pendidikan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Sultan Ibrahim bertitah sebarang usaha merangka sistem pendidikan baharu perlu seiring dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai teras utama pelaksanaannya.

Titah Seri Paduka Baginda, ia kerana sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas pembangunan bangsa, pembentukan jati diri dan penentu masa depan negara.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pendidikan Malaysia menanggapi arahan Yang di-Pertuan Agong berkenaan pendidikan negara
  • Sedang fokus pada pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 dan Kurikulum Baharu Prasekolah
  • RPM 2026-2035 bertujuan meningkatkan mutu pendidikan untuk kebaikan anak-anak Malaysia
  • Penekanan pada memartabatkan Bahasa Melayu, mengukuhkan Bahasa Inggeris dan bahasa lain sebagai nilai tambah
  • Inisiatif pendidikan baru harus selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan Bahasa Melayu sebagai teras

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!