Ronaldo berdepan hukuman berat

BINTANG sensasi Al Nassr, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan namun kali ini bukan kerana rekod jaringan golnya, sebaliknya akibat satu tindakan kontroversi yang mungkin mengundang padah buat dirinya dan pasukan.
Biarpun berjaya meledak gol dalam usaha memburu rekod 1,000 gol peribadi, jaringan itu tidak memadai untuk menghalang Al Nassr daripada tewas 1-3 kepada musuh tradisi, Al Hilal pada Selasa lalu.
Kekalahan itu menyaksikan impian Al Nassr untuk merapat jurang dengan pendahulu liga semakin pudar apabila kini ketinggalan tujuh mata.
Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah reaksi kapten Portugal itu terhadap pengadil perlawanan. Ronaldo didakwa melakukan isyarat tangan yang menyatakan bahawa pasukannya sedang 'dirompak' atau berlaku ketidakadilan.
Mengikut Kod Disiplin dan Etika Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi, perbuatan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai kelakuan menyinggung dan merosakkan integriti pegawai perlawanan.
Sekiranya didapati bersalah, Ronaldo berdepan risiko digantung antara dua hingga empat perlawanan. Selain itu, beliau juga boleh dikenakan denda.
Jika hukuman maksimum dikenakan, Ronaldo bakal terlepas empat aksi penting Liga Pro Saudi menentang Al Shabab, Damac, Al Taawoun, dan Al-Kholood. Situasi ini pastinya memberi tamparan hebat buat Al Nassr yang sedang bergelut mengejar kejuaraan liga.
Ringkasan AI
- Cristiano Ronaldo tumpuan kerana tindakan kontroversi bukan rekod gol
- Al Nassr tewas 1-3 kepada Al Hilal, impian juara liga pudar
- Ronaldo buat isyarat tangan diklaim sebagai 'dirompak', mengkritik pengadil
- Tindakan boleh bawa hukuman gantung dua hingga empat perlawanan and denda
- Al Nassr mungkin terjejas tanpa Ronaldo untuk empat perlawanan penting Liga Pro Saudi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
