'Prank' suntik orang ramai guna picagari kosong, pempengaruh berdepan hukuman penjara

PARIS - Seorang pempengaruh berdepan hukuman penjara enam bulan setelah melakukan gurauan melampau terhadap sejumlah individu.
Amine Mojito atau nama sebenarnya Ilan M, 27, mengundang kritikan ramai setelah dia berkongsi video menyuntik orang ramai dengan picagari kosong di sekitar ibu kota Perancis.
Setelah dihujani kecaman, Mojito cuba mempertahankan dirinya dengan menyatakan dia tidak pernah berniat untuk menyakiti sesiapa.
"Saya hanya meniru gurauan sama dilakukan individu lain di Sepanyol dan Portugal. Itu adalah kesilapan saya kerana tidak memikirkan keadaan orang sekeliling," kata pempengaruh popular di platform TikTok itu.
Bagaimanapun, pendakwa raya menegaskan sebahagian mangsa mengalami trauma serta terpaksa dirawat di hospital untuk penilaian kesihatan mental kerana menyangka telah dijangkiti virus akibat suntikan tersebut.
Hakim juga memutuskan pempengaruh itu telah mencetuskan ketakutan setelah sebahagian daripada mangsanya membuat laporan polis.
Sebahagian warganet yang berang dengan tindakannya beranggapan tindakan sedemikian seperti menggalakkan serangan ke atas orang tidak dikenali di tempat awam. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang pempengaruh berdepan hukuman penjara enam bulan kerana melakukan gurauan melampau
- Amine Mojito menyuntik orang ramai dengan picagari kosong di Paris
- Dia mengaku meniru gurauan yang dilakukan di Sepanyol dan Portugal tanpa memikirkan kesan kepada orang lain
- Mangsa mengalami trauma dan beberapa terpaksa dirawat di hospital untuk penilaian kesihatan mental
- Tindakannya mendapat kecaman daripada warganet yang menganggapnya sebagai serangan kepada orang awam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

