Bacaan doa iringi proses nyah kuman di Madrasatul Quran Kubang Bujuk

Sebahagian daripada petugas yang menjalankan proses sanitasi di madrasah itu.
Sebahagian daripada petugas yang menjalankan proses sanitasi di madrasah itu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bacaan doa mengiringi 47 petugas yang menjalankan proses sanitasi atau nyah kuman di Madrasatul Quran Kubang Bujuk, di sini.

Madrasah itu terpaksa ditutup setelah dipercayai menjadi lokasi persinggahan pesakit positif wabak koronavirus (Covid-19) pada 14 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Abd Rashid berkata, proses sanitasi bermula jam 10 pagi itu meliputi keseluruhan kawasan menempatkan kira-kira 300 penghuni yang turut dikuarantin di situ.

"Operasi sanitasi awam di madrasah ini melibatkan 22 anggota bomba termasuk Pasukan Khas Bahan Kimian Berbahaya (Hazmat), tujuh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM), lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), enam anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan empat daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

ARTIKEL BERKAITAN: 87 penghuni madrasah disyaki dijangkiti Covid-19

"Operasi ini menyasarkan kawasan kuarters kediaman, kawasan transit, kawasan masjid dan persekitaran madrasah ini," katanya ketika ditemui selepas pelancaran operasi sanitasi Covid-19 Terengganu di madrasah itu hari ini.

Bacaan doa mengiringi proses sanitasi di Madrasatul Darul Quran Kubang Bujuk di sini.
Bacaan doa mengiringi proses sanitasi di Madrasatul Darul Quran Kubang Bujuk di sini.

Katanya, tempoh kuarantin bagi kira-kira 300 penghuni berada di madrasah itu masih berbaki selama empat hari lagi sehingga 3 April depan.

Selain itu katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama bomba turut menjalankan operasi sanitasi di lokasi tumpuan awam seperti Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Pasar Besar Kedai Payang, kawasan institusi kewangan seperti bank serta beberapa pasar raya dan pasar borong.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian daripada 47 petugas yang menjalankan proses sanitasi di madrasah itu.
Sebahagian daripada 47 petugas yang menjalankan proses sanitasi di madrasah itu.

"Operasi di kawasan tumpuan awam melibatkan seramai 14 anggota PBT serta lapan anggota bomba.

"Secara keseluruhan operasi di lapan lokasi hari ini membabitkan seramai 67 anggota," katanya.

Pada 14 Mac lalu, seramai 87 penghuni Madrasatul Quran Kubang Bujuk dekat Serada, di sini dikenal pasti sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI) bagi jangkitan Covid-19 dan telah dihantar ke Hospital Hulu Terengganu bagi menjalani proses kuarantin.