Pelajar UPSI lemas selepas cuba selamatkan rakan

Seorang pelajar UPSI ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan rakannya di kawasan air terjun Kedondong, Batang Kali petang tadi. Foto hiasan
Seorang pelajar UPSI ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan rakannya di kawasan air terjun Kedondong, Batang Kali petang tadi. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan rakannya di kawasan air terjun Kedondong, Batang Kali dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.46 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an itu ke lokasi kejadian bersama lima rakannya.

"Saksi kejadian memaklumkan mangsa cuba menyelamatkan rakannya sebelum dibawa arus deras dan anggota berjaya menemukan mangsa 10 meter dari tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia oleh pihak (pegawai perubatan) Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ahmad Mukhlis berkata, rakan mangsa berjaya diselamatkan dalam kejadian itu dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pelajar UPSI lemas di air terjun Kedondong, Batang Kali ketika cuba menyelamatkan rakannya
  • Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan dan mengerahkan anggota ke lokasi
  • Mangsa berusia lingkungan 20-an pergi bersama lima rakannya
  • Mangsa ditemukan 10 meter dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan
  • Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!