Covid-19: Hospital sementara dibina di Central Park, New York

Bandar raya New York di Amerika Syarikat lengang selepas semua penduduknya diarahkan duduk di rumah.
Bandar raya New York di Amerika Syarikat lengang selepas semua penduduknya diarahkan duduk di rumah.
A
A
A

NEW YORK - Pertubuhan kebajikan Samaritan’s Purse Christian sedang menyiapkan hospital medan di Central Park, tengah bandar New York bagi merawat mereka yang diuji positif koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Sputnik.

Hospital medan itu dibina dengan kerjasama Mount Sinai Health System.

Ketua pasukan Samaritan's Purse, Elliott Tenpenny berkata, hospital itu dijangka boleh menempatkan 68 katil, 10 daripadanya dikhaskan untuk unit rawatan rapi (ICU).

Antara 60 hingga 70 profesional perubatan dapat bertugas di hospital sementara itu.

“Ini adalah hospital medan yang dibangunkan Samaritan's Purse di sini. Ia mempunyai 10 katil ICU, dilengkapi alat bantuan pernafasan. Antara 60 hingga 70 kakitangan disediakan bagi membantu menguruskan kemudahan ini," kata Tenpenny.

Pertubuhan kemanusiaan itu turut membina hospital sementara di Itali bagi merawat pesakit Covid-19 yang dibina di bandar Cremona, wilayah Lombardy mempunyai 14 khemah.

"Di Cremona, kami membina hospital sama seperti ini, dua minggu lalu. Ia kini sesak sebaik saja hospital itu didirikan. Jadi kami sudah belajar banyak perkara di sana dan di New York ini, kami melakukannya sekali lagi," kata Tenpenny.

Datuk Bandar New York, Bill de Blasio semalam berkata, lebih 670 maut di bandar raya itu dengan 32,300 kes direkodkan sejak wabak melanda.

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa bandar raya itu mengarahkan semua perniagaan tidak penting ditutup, melarang sebarang bentuk perhimpunan dan penduduk diminta menjarakkan diri dengan orang lain sekurang-kurangnya enam kaki (dua meter).

Penduduk yang gagal mematuhi garis panduan penjarakan sosial boleh denda sehingga AS$500. - Bernama