Polis mohon bantuan orang ramai kesan Suri

Suri dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.
Suri dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.
A
A
A

AMPANG - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kehilangan Suri Narudin, 53, daripada ibu saudaranya.

"Wanita berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung kehilangan anak saudaranya.

"Kita telah membuka kertas siasatan, kes diklasifikasikan Orang Hilang, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan wanita itu," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Terdahulu, tular rakaman video penyanyi Mac Ruhayu memohon bantuan orang ramai mengesan rakannya yang dilaporkan hilang dan gagal dihubungi itu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis meminta bantuan orang ramai mengesan wanita hilang sejak 8 Disember
  • Laporan kehilangan diterima dari ibu saudara Suri Narudin, 53 tahun
  • Kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang, siasatan sedang dijalankan
  • Rakaman video penyanyi Mac Ruhayu memohon bantuan mencari rakannya tular

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!