Jenazah mangsa tembak di Sungai Golok selamat dikebumikan di Pasir Mas

Wan Fatihah tidak dapat menahan rasa sebak sepanjang urusan pengebumian suaminya.
Wan Fatihah tidak dapat menahan rasa sebak sepanjang urusan pengebumian suaminya.
A
A
A

PASIR MAS - Jenazah Allahyarham Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang maut ditembak di Sungai Golok, Thailand, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Apam, Apam Putra di sini jam 2.30 petang Ahad.

Isteri mangsa, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, kelihatan tidak dapat menahan kesedihan sepanjang proses pengebumian.

Wan Fatihah kelihatan beberapa kali mengusap kandungannya yang dijangkakan lahir pada 10 Disember ini, tarikh sama ulang tahun kelahiran suaminya.

Turut kelihatan ibu mangsa, Zaiton Abdul Rahman, 64, yang hadir bersama ahli keluarga lain.

Jenazah Allahyarham Mohd Fuad Fahmie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Apam, Apam Putra di Pasir Mas pada petang Ahad.
Jenazah Allahyarham Mohd Fuad Fahmie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Apam, Apam Putra di Pasir Mas pada petang Ahad.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie yang berasal dari Kampung Kepas Apam di sini, meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas ditembak sebanyak lapan kali.

Menurut ibunya, Zaiton, dia dimaklumkan tentang kematian anaknya itu oleh menantu, Wan Fatihah kira-kira jam 9 malam.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jenazah Mohd Fuad Fahmie Ghazali, yang maut ditembak di Sungai Golok, Thailand, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Apam, Apam Putra
  • Isteri mangsa, Wan Fatihah Mat Hussin, kelihatan sedih sepanjang proses pengebumian
  • Wan Fatihah mengusap kandungannya yang dijangkakan lahir pada tarikh sama ulang tahun suaminya
  • Ibu mangsa, Zaiton Abdul Rahman, bersama ahli keluarga lain turut hadir dalam pengebumian
  • Mohd Fuad Fahmie meninggal dunia akibat ditembak sebanyak lapan kali saat menerima rawatan di Hospital Sungai Golok

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!