Jangan panik, ikuti arahan pihak berkuasa: ADUN Dusun Tua

Pihak berkuasa melaksanakan kawalan di sekitar kawasan yanģ dikenakan PKPD.
Pihak berkuasa melaksanakan kawalan di sekitar kawasan yanģ dikenakan PKPD.
A
A
A

HULU LANGAT - Penduduk di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor di sini dinasihatkan supaya tidak panik dan sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan pandemik, koronavirus (Covid-19).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof berkata, setakat ini beliau menerima maklumat daripada ketua-ketua kampung terlibat bahawa bekalan makanan bagi penduduk kampung masih mencukupi.

"PKPD lebih ketat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi saya minta semua yang terlibat mematuhi nasihat dan arahan daripada pihak berkuasa. Jangan panik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Pihak berkuasa melaksanakan kawalan di sekitar kawasan yanģ dikenakan PKPD.
Pihak berkuasa melaksanakan kawalan di sekitar kawasan yanģ dikenakan PKPD.

Menurutnya, bukan sahaja semata-mata kepada pihak terlibat PKPD, tetapi nasihat beliau itu juga ditujukan kepada penduduk lain berhampiran kawasan terlibat arahan itu.

Seramai 3,918 penduduk merangkumi 700 rumah di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor diarahkan menjalani PKPD.

PKPD di kawasan itu turut melibatkan tujuh kampung iaitu dua perkampungan Orang Asli dan lima perkampungan Melayu berkuatkuasa mulai tengah malam tadi, 30 Mac 2020 hingga 13 April 2020.

Artikel Berkaitan: