PKPD: Keperluan secukupnya dibekal kepada penduduk Sg Lui

Laporan Sinar Harian berhubung 3,918 penduduk membabitkan 700 rumah di Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat diarahkan menjalani PKPD bermula tengah malam ini.
Laporan Sinar Harian berhubung 3,918 penduduk membabitkan 700 rumah di Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat diarahkan menjalani PKPD bermula tengah malam ini.
A
A
A

HULU LANGAT - Pihak berkuasa akan membekalkan keperluan asas secukupnya kepada penduduk Sungai Lui di sini, yang terlibat dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan akan diberikan sepanjang tempoh perintah dilaksanakan.

Amirudin Shari
Amirudin Shari

"Saya dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba , PKPD berkuat kuasa di Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat berkuat kuasa tengah malam ini.

"Pihak berkuasa akan membekalkan keperluan asas secukupnya kepada penduduk sepanjang tempoh ini," katanya menerusi kenyataan dimuat naik di akaun Twitter miliknya hari ini.

Terdahulu, seramai 3,918 penduduk merangkumi 700 rumah di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, diarahkan menjalani PKPD.

PKPD di kawasan itu turut melibatkan tujuh kampung iaitu dua perkampungan orang asli dan lima perkampungan Melayu berkuat kuasa mulai tengah malam ini, 30 Mac 2020 hingga 13 April 2020.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu terpaksa diambil berikutan 71 kes positif jangkitan Covid-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Tujuh kampung di Hulu Langat jalani PKPD

Kemungkinan PKPD dilaksanakan di Selangor