X

Kindly register in order to view this article
!

Kemungkinan PKPD dilaksanakan di Selangor

Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan dua zon di Selangor akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang dilaksanakan di Simpang Renggam, Kluang, Johor ketika ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu diambil kira susulan taburan bilangan kes wabak koronavirus (Covid-19) di kawasan berkenaan.

"Sekarang ini kalau kita lihat taburan bilangan jangkitan paling tinggi adalah di Selangor.

"Dalam pada itu kita lihat dalam kawasan atau zon mana yang tertinggi sekali.

"Jadi kita dah kenal pasti mungkin akan ada satu atau pun dua zon di kawasan Selangor yang mungkin kita akan ambil tindakan seperti mana di Simpang Renggam," katanya pada sidang akhbar di sini semalam/.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kemungkinan negeri atau kawasan lain akan dikenakan PKPD susulan peningkatan kes wabak tersebut.

Khamis lalu, kerajaan memutuskan pelaksanaan PKPD di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor berkuat kuasa mulai tengah malam hari sama hingga 9 April.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf