Protes semakin ganas di Iran, enam maut

TEHERAN - Penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan terus bertempur di beberapa bandar di Iran pada Khamis selepas protes membantah kos sara hidup tinggi di negara itu berlarutan selama lima hari berturut-turut.
Rangkaian media melaporkan sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam demonstrasi ganas tersebut.
"Beberapa penunjuk perasaan membaling pelbagai objek ke arah bangunan pentadbiran, pejabat gabenor dan bank hingga memaksa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata," menurut laporan Fars.
Susulan situasi yang semakin tegang, pihak berkuasa turut menahan 30 suspek kerana mengganggu ketenteraman awam.
"Operasi diselaraskan bersama perkhidmatan risikan itu menyasarkan kumpulan yang membuat kacau di daerah Malard, barat Teheran," kata jurucakap pihak berkuasa.
Presiden Masoud Pezeshkian juga berusaha meredakan protes tersebut dengan menggesa pemerintah supaya bertindak segera memulihkan keadaan ekonomi yang memberi kesan kepada rakyat. - AFP
Ringkasan AI
- Penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan terus bertempur di beberapa bandar di Iran selepas protes membantah kos sara hidup tinggi berlarutan selama lima hari
- Sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam demonstrasi tersebut
- Penunjuk perasaan membaling objek ke arah bangunan pentadbiran dan bank hingga memaksa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata
- Pihak berkuasa menahan 30 suspek kerana mengganggu ketenteraman awam
- Presiden Masoud Pezeshkian menggesa pemerintah bertindak memulihkan keadaan ekonomi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

