Lelaki Iran bakar diri selepas gerai makanan diarah tutup

Seorang lelaki Iran membakar diri kerana gerai makanan keluarganya ditutup oleh pegawai kerajaan. Gambar hiasan
Seorang lelaki Iran membakar diri kerana gerai makanan keluarganya ditutup oleh pegawai kerajaan. Gambar hiasan
A
A
A

TEHERAN - Seorang lelaki Iran bertindak membakar diri selepas pegawai kerajaan mengarahkan gerai makanan milik keluarganya ditutup.

Difahamkan gerai makanan tersebut merupakan satu-satunya sumber pendapatan mereka sekeluarga.

Mangsa, Ahmad Baledi, 20, meninggal dunia selepas melecur sehingga 70 peratus daripada badannya.

Kejadian tragis yang berlaku di sebuah taman di Ahvaz, Wilayah Khuzestan itu mendorong Presiden Iran mengarahkan siasatan rasmi dilakukan.

Berdasarkan laporan Associated Press, pengumuman itu dibuat oleh Presiden Masoud Pezeshkian.

Pada masa sama, menurut agensi berita IRNA, seorang Datuk Bandar daerah dan ketua agensi penguatkuasaan di bandar barat daya Ahvaz telah ditangkap berhubung kejadian itu.

IRNA melaporkan Datuk Bandar Ahvaz telah meletak jawatan, manakala empat pegawai bandar lain telah dipecat.

Pada mulanya, kerajaan bandar Ahvaz mengeluarkan kenyataan penutupan kios itu merupakan pengusiran yang dibenarkan oleh mahkamah dan menegaskan bahawa pegawai tidak menggunakan paksaan.

Setakat ini, tiada demonstrasi besar atau pergolakan di Ahvaz atas kematian Baledi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki Iran membakar diri kerana gerai makanan keluarganya ditutup oleh pegawai kerajaan
  • Gerai tersebut adalah sumber pendapatan utama keluarga
  • Ahmad Baledi, berusia 20 tahun, meninggal dengan 70 peratus badan melecur
  • Presiden Iran mengarahkan siasatan rasmi terhadap kejadian di Ahvaz
  • Datuk Bandar Ahvaz dan pejabat penguatkuasa ditangkap, beberapa dipecat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!