Iran bergolak, dilanda gelombang protes

TEHERAN - Rakyat Iran melancarkan gelombang protes membantah kemerosotan taraf hidup dan ekonomi selama empat hari berturut-turut.
Ribuan penunjuk perasaan membanjir laluan utama sekitar Teheran dan bandar lain pada Rabu, beberapa hari selepas mata wang negara itu menjunam ke paras terendah, sekali gus mencetuskan lonjakan harga makanan dan kadar inflasi mencecah lebih 40 peratus yang diburukkan lagi oleh siri sekatan antarabangsa.
Bandar Fasa yang berpopulasi 150,000 penduduk menjadi tumpuan utama demonstrasi tersebut di mana peserta protes menggempur pejabat gabenor dan mula bertindak di luar kawalan hingga mencetuskan pertempuran ganas dengan pihak berkuasa.
Agensi berita tempatan bagaimanapun menafikan ada mangsa terkorban dan hanya tiga anggota polis cedera dalam siri demonstrasi terbesar sejak 2022.
Tunjuk perasaan itu tetap diteruskan walaupun selepas Presiden Masoud Pezeshkian cuba menenangkan demonstran dengan janji untuk menyemak semula kenaikan cukai yang dirancang dan menyifatkan tuntutan untuk perubahan sebagai 'sah'.
Krisis itu berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) memperbaharui ancaman tentang potensi serangan terhadap Teheran selepas pertemuan bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada awal minggu lalu. - Agensi
Ringkasan AI
- Rakyat Iran melancarkan gelombang protes selama empat hari membantah kemerosotan taraf hidup dan ekonomi
- Ribuan penunjuk perasaan turun ke jalan di Teheran dan bandar lain selepas mata wang negara itu merosot menyebabkan harga makanan naik dan inflasi lebih 40 peratus akibat sekatan antarabangsa
- Bandar Fasa menjadi tumpuan utama demonstrasi dengan peserta protes menggempur pejabat gabenor dan mencetuskan pertempuran dengan pihak berkuasa
- Tidak ada mangsa terkorban tetapi tiga anggota polis cedera dalam demonstrasi terbesar sejak 2022
- Demonstrasi berlanjutan walaupun Presiden Masoud Pezeshkian janji untuk menyemak semula kenaikan cukai dan mengakui tuntutan perubahan sebagai sah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

