Iran rampas kapal tangki minyak asing bawa 6 juta liter diesel seludup

Iran telah merampas sebuah kapal tangki minyak asing membawa enam juta liter diesel seludup di Teluk Oman.
Iran telah merampas sebuah kapal tangki minyak asing membawa enam juta liter diesel seludup di Teluk Oman.
A
A
A

TEHRAN - Iran telah merampas sebuah kapal tangki minyak asing membawa enam juta liter diesel seludup di Teluk Oman, melaporkan Xinhua, memetik agensi berita negara IRIB pada Jumaat.

Kapal itu itu dirampas oleh pegawai kehakiman Iran pada Khamis di perairan wilayah Iran berhampiran bandar pelabuhan selatan Jask sebagai sebahagian usaha memerangi rangkaian dan penyeludup bahan api utama, lapor IRIB memetik Mojtaba Ghahremani, Ketua Hakim wilayah selatan Hormozgan.

Beliau berkata, kapal terbabit tidak memiliki dokumen maritim yang diperlukan dan bil muatan untuk kargo bahan apinya, sambil menambah ia telah mematikan semua sistem navigasi dan bantuan pelayarannya.

Ghahremani berkata, terdapat 18 anak kapal di atas kapal itu, yang dikenal pasti sebagai warganegara India, Sri Lanka dan Bangladesh. - Bernama/Xinhua

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Iran merampas sebuah kapal tangki minyak asing di Teluk Oman
  • Kapal tersebut membawa enam juta liter diesel seludup
  • Pemeriksaan menunjukkan kapal itu tidak memiliki dokumen maritim diperlukan
  • Kapal tersebut telah mematikan semua sistem navigasi
  • Anak kapal terdiri daripada warganegara India, Sri Lanka dan Bangladesh

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!