Manfaat tempoh PKP kukuhkan hubungan keluarga: Maamor

Pelbagai jenis senaman dipraktikkan.
Pelbagai jenis senaman dipraktikkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu banyak memberikan kenangan indah kepada Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman sekeluarga.

Beliau berkata, disebabkan tidak boleh ke mana-mana sepanjang tempoh tersebut, mereka sekeluarga dapat merasai nikmat kebersamaan.

"Rutinnya sama seperti hari-hari biasa tetapi disebabkan pergerakan terbatas, jadi kami rancang pelbagai aktiviti seperti bersolat berjemaah, memasak bersama, bersenam dan membuat kuih.

Membuat karipap bersama antara aktiviti bermanfaat keluarga ini sepanjang tempoh PKP.
Membuat karipap bersama antara aktiviti bermanfaat keluarga ini sepanjang tempoh PKP.

"Sebenarnya tidak perlu untuk rasa tertekan hanya kerana perlu berada di rumah sepanjang hari.

"Buatlah aktiviti bermanfaat bersama keluarga dan anda akan berasa sangat seronok," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Bersenam bersama keluarga untuk dapatkan badan sihat.
Bersenam bersama keluarga untuk dapatkan badan sihat.

Maamor berkata, apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir, pasti ramai yang akan merindui saat-saat bersama keluarga.

Artikel Berkaitan:

"Saya yakin kita akan terkenang momen indah ini kerana semua aktiviti dilakukan bersama di rumah untuk satu tempoh yang agak panjang," katanya.