Selepas 12 hari di ICU, Amir Raja Lawak dipindahkan ke wad biasa

Tahap kesihatan Amir Raja Lawak semakin baik dan stabil serta telah dipindahkan ke wad biasa pada Rabu.
Tahap kesihatan Amir Raja Lawak semakin baik dan stabil serta telah dipindahkan ke wad biasa pada Rabu.
A
A
A

TAHAP kesihatan Pelawak Mohammad Amirullah Azmi, 37, atau Amir Raja Lawak semakin baik dan stabil serta telah dipindahkan ke wad biasa pada Rabu.

Pembantu peribadinya, Muhammad Faris Che Ali berkata, Amir juga tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas hampir 12 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

"Alhamdulillah keadaan Amir sudah bertambah baik," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Terdahulu Amir dilaporkan mempunyai penyakit asma sejak kecil dan keadaan cuaca sejuk memburukkan lagi keadaan kesihatannya, kebetulan pula pada ketika itu dia sudah beberapa hari demam.

Amir dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!