X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD Simpang Renggam: Semua penduduk jalani saringan kesihatan

Proses pembersihan dan desinfeksi turut dijalankan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
A
A

JOHOR BAHRU - Kakitangan Jabatan Kesihatan negeri kini giat menjalankan saringan terhadap semua penduduk Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang.

Dua lokasi itu mencatatkan jumlah tertinggi kes positif koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negei Johor, R Vidyananthan berkata, langkah tersebut bertujuan mengetahui status kesihatan penduduk selain memutuskan rantaian jangkitan wabak itu di kawasan berkenaan.

"Kita harap semua penduduk memberi kerjasama kepada petugas kesihatan untuk kebaikan bersama dan patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Agensi penguatkuasa seperti tentera dan polis akan terus meningkatkan pemantauan melalui rondaan dan sekatan jalan selain melaksanakan proses disinfeksi dan sterilisasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan bekalan makanan asas di kawasan PKPD telah diagihkan sejak 27 Mac lalu dan bekalan setakat ini diuruskan dengan baik.

Sehingga semalam katanya, Johor melaporkan penambahan sebanyak 26 kes baharu Covid-19 menjadikan sebanyak 285 kes dan tujuh kematian dicatatkan.

Selain itu katanya, purata peratusan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di setiap daerah di Johor sehingga semalam menurun sebanyak 1.68 peratus kepada 96.07 peratus berbanding sehari sebelum itu iaitu sebanyak 97.75 peratus.

Menurutnya, perkembangan tersebut merupakan satu petunjuk yang tidak baik dan peratusan itu masih lagi rendah jika dibandingkan dengan sasaran kerajaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus