Ketua Dewan Ulama’ Pas Pusat lulus sarjana, kaji institusi pondok di Kedah

Ahmad bersama isteri dan anaknya selepas sesi viva-voce di Universiti Utara Malaysia (UUM
Ahmad bersama isteri dan anaknya selepas sesi viva-voce di Universiti Utara Malaysia (UUM
A
A
A

SINTOK - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad bin Saad @ Yahaya berjaya membentangkan tesis Sarjana beliau bertajuk ”Peranan Pertubuhan Muafakat Pondok Se-Malaysia (PMPS) Dalam Pembangunan Pendidikan Di Bawah Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2020-2023”.

Sesi viva-voce itu berlangsung di Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Selasa dengan dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Bakri Mat dan diperiksa.

Tesis tersebut disediakan dengan seliaan Prof Madya Dr Aminurraasyid Yatiban dan Dr Mohd Shukri Shuib serta diperiksa oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff dari UUM dan Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor dari Universiti Malaya (UM).

Ia mengemukakan satu analisis yang signifikan mengenai kebangkitan dan pemerkasaan institusi pondok melalui PMPS dalam konteks pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah di bawah Perikatan Nasional bagi tempoh 2020 hingga 2023.

Secara keseluruhannya, tesis itu merupakan satu sumbangan akademik yang bernilai dan tepat pada masanya, khususnya dalam memahami peranan institusi pendidikan Islam tradisional dalam landskap politik dan dasar pendidikan negeri.

Ahmad ketika sesi pembentangan tesis beliau.
Ahmad ketika sesi pembentangan tesis beliau.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah hadir bersama isteri, Rafida Ramli; anak, Mohd Zunnur, dan tiga pegawai beliau, Muhammad Ehsan Shaari, Mohd Hafiz Mansor dan Zarqani Mat Ayub ketika ditemui mengucapkan kesyukuran di atas kerjasama yang diberikan oleh UUM.

”Saya berterima kasih khasnya kepada pihak UUM kerana memberi ruang kepada ahli-ahli politik seperti saya untuk memperdalamkan lagi ilmu pengetahuan di mana kajian begini penting untuk kebaikan negeri dan negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PMPS adalah satu institusi bersifat nasional, kajian sarjananya lebih fokus kepada Kedah dan selepas ini akan teruskan dengan mengkaji peranan dan keberkesanan sumbangan PMPS di seluruh negara pada peringkat Ijazah Doktor Falsafah pula.

”Melalui kajian ini saya mengemukakan beberapa cadangan bagi memperkukuhkan institusi pondok di Kedah seperti penggubalan kerangka perundangan tadbir urus pondok, penubuhan pusat latihan guru pondok, pewujudan dana wakaf pendidikan, transformasi digital institusi pondok serta pembangunan Indeks Pencapaian Komuniti Pondok (CPI-Pondok).

”Kesemua cadangan ini jika mampu dilaksanakan merupakan langkah-langkah strategik yang berpotensi meningkatkan keberkesanan, ketelusan dan kelestarian institusi pondok dalam jangka panjang,” katanya.

Ringkasan AI

  • Ketua Dewan Ulama Pas membentangkan tesis Sarjana bertajuk "Peranan Pertubuhan Muafakat Pondok Se-Malaysia (PMPS) Dalam Pembangunan Pendidikan Di Bawah Kerajaan Negeri Kedah 2020-2023"
  • Sesi viva-voce diadakan di UUM dengan Prof Madya Dr Aminurraasyid Yatiban dan Dr Mohd Shukri Shuib sebagai penyelia
  • Tesis mengkaji kebangkitan dan pemerkasaan institusi pondok melalui PMPS dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah di bawah Perikatan Nasional dari 2020 hingga 2023
  • Kajian tersebut mengemukakan cadangan untuk mengukuhkan institusi pondok di Kedah termasuk penggubalan kerangka perundangan, penubuhan pusat latihan guru pondok, pewujudan dana wakaf pendidikan, transformasi digital, dan pembangunan Indeks Pencapaian Komuniti Pondok
  • Ini merupakan sumbangan akademik bernilai untuk memahami peranan pendidikan Islam tradisional dalam landskap politik dan dasar pendidikan negeri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!