Ismail Sabri lulus viva PhD UUM, tesis fokus pengurusan krisis Covid-19

Ketibaan Ismail Sabri di kampus (empat kanan) di UUM pagi Isnin disambut oleh Ahmad Martadha (empat kiri) yang kini menjalankan fungsi Naib Canselor.
Ketibaan Ismail Sabri di kampus (empat kanan) di UUM pagi Isnin disambut oleh Ahmad Martadha (empat kiri) yang kini menjalankan fungsi Naib Canselor.
A
A
A

SINTOK – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melakar satu lagi pencapaian peribadi apabila berjaya melepasi sesi viva Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Isnin.

Peperiksaan lisan yang berlangsung di Bilik Viva, Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), UUM itu menyaksikan beliau lulus dengan pindaan kecil.

Tesis bertajuk Pengurusan Krisis dan Polisi Keselamatan Kesihatan Tahun 2020–2022: Strategi Malaysia Menghadapi Pandemik Covid-19 meneliti pendekatan kerajaan dalam menangani krisis kesihatan awam sepanjang tempoh pandemik.

Ismail Sabri (empat kanan) membentangkan tesis bertajuk Pengurusan Krisis dan Polisi Keselamatan Kesihatan Tahun 2020–2022: Strategi Malaysia Menghadapi Pandemik Covid-19 di UUM pada Isnin.
Ismail Sabri (empat kanan) membentangkan tesis bertajuk Pengurusan Krisis dan Polisi Keselamatan Kesihatan Tahun 2020–2022: Strategi Malaysia Menghadapi Pandemik Covid-19 di UUM pada Isnin.

Perkara tersebut selaras dengan pengalaman beliau sebagai Perdana Menteri ketika negara berdepan cabaran getir tersebut.

Sesi viva tersebut dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Kamarul Azman Khamis, Prof Datuk Dr Sivamuragan Pandian pula bertindak sebagai pemeriksa luar manakala Prof Madya Dr Nazariah Osman sebagai pemeriksa dalaman.

Ismail Sabri dibimbing oleh tiga penyelia iaitu Prof Dr Rusdi Omar selaku penyelia utama yang juga Dekan GSGSG, serta Prof Madya Dr Che Mohd Aziz Yaacob dan Prof Madya Dr Jessica Ong Hai Liaw sebagai penyelia kedua dan ketiga.

Bagaimanapun, kelulusan penuh masih tertakluk kepada keputusan rasmi Senat Universiti seperti yang ditetapkan dalam prosedur akademik institusi pengajian tinggi tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ketibaan beliau di kampus UUM pagi Isnin disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed yang kini menjalankan fungsi Naib Canselor.

Ringkasan AI

  • Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya melepasi sesi viva Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik di UUM
  • Sesi lisan tersebut menyaksikan beliau lulus dengan pindaan kecil
  • Tesisnya meneliti strategi Malaysia menghadapi pandemik Covid-19 pada tahun 2020–2022
  • Ismail Sabri dibimbing oleh tiga penyelia termasuk Prof Dr Rusdi Omar yang merupakan Dekan GSGSG
  • Kelulusan penuh masih tertakluk kepada keputusan rasmi Senat Universiti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!