Firas Affan terima bantuan JKM RM500, ringankan beban keluarga

Salbiah (kanan) menyantuni Firas Affan ketika menziarahi keluarga berkenaan di Bandar Lahat Baru, Ipoh pada Selasa.
Salbiah (kanan) menyantuni Firas Affan ketika menziarahi keluarga berkenaan di Bandar Lahat Baru, Ipoh pada Selasa.
A
A
A

IPOH – Keluarga bayi berusia 14 bulan, Firas Affan Mohd Fauzi yang menghidap germ cell tumor di belakang mata seperti disiarkan Sinar Harian sebelum ini menerima bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, bantuan tersebut diberikan di bawah skim pesakit terlantar.

Menurutnya, pemberian itu mula disalurkan bermula Januari depan dengan bapa bayi berkenaan, Mohd Fauzi Saad, 43, sebagai penjaga menerima bantuan berkenaan setiap bulan.

"Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Perak juga telah meluluskan Kad Perak Sejahtera kepada keluarga Mohd Fauzi sejak Oktober lalu sebagai sokongan tambahan daripada kerajaan negeri.

"Kita berharap bantuan bulanan JKM dan kemudahan Kad Perak Sejahtera ini dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga Mohd Fauzi,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi Firas Affan di rumahnya di Bandar Lahat Baru, di sini pada Selasa.

Salbiah berkata, pihaknya mengharapkan orang ramai khususnya komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus memaklumkan kepada kerajaan negeri sekiranya terdapat kes-kes memerlukan bantuan.

Sementara itu, Mohd Fauzi terharu dengan bantuan yang diberikan kerajaan negeri dan pihak-pihak berkaitan.

Jelasnya, pemberian bantuan tersebut amat meringankan beban yang ditanggung bagi menyara keluarga.

Artikel Berkaitan:

"Saya rasa terharu. Mungkin ALLAH bagi rezeki ini pada keluarga kami. Saya tak tahu nak cakap apa.

"Selepas keluar dalam media sebelum ini pun saya ada terima panggilan daripada orang ramai untuk beri sumbangan," katanya.

Pada 20 Disember lalu Sinar Harian melaporkan seorang bayi, Firas Affan disahkan menghidap ketumbuhan germ cell di belakang mata.

Penyakit itu mula disedari apabila berlaku perubahan ketara pada wajah bayi tersebut khususnya pada bahagian mata kanan yang kelihatan membonjol dan bengkak.

 

 

Ringkasan AI

  • Keluarga bayi Firas Affan Mohd Fauzi, 14 bulan, yang menghidap germ cell tumor di belakang mata menerima bantuan bulanan RM500 dari JKM
  • Bantuan ini diberikan di bawah skim pesakit terlantar bermula Januari depan
  • Mohd Fauzi Saad, bapa Firas, sebagai penjaga menerima bantuan bulanan tersebut
  • Keluarga turut menerima Kad Perak Sejahtera sejak Oktober lalu dari kerajaan negeri sebagai sokongan tambahan
  • Mohd Fauzi menyatakan bantuan ini meringankan beban mereka menyara keluarga

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!