Gangguan sistem penerbangan global jejas operasi lapangan terbang di Malaysia

MAHB memaklumkan gangguan tersebut berpotensi menjejaskan proses pengendalian penumpang. - Gambar hiasan
MAHB memaklumkan gangguan tersebut berpotensi menjejaskan proses pengendalian penumpang. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR — Gangguan sementara melibatkan sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan oleh pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia kini menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat di lapangan terbang di Malaysia.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan tersebut berpotensi menjejaskan proses pengendalian penumpang, sekali gus mendorong syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang kendaliannya mengaktifkan prosedur luar jangka.

“Situasi di semua lapangan terbang kami sedang dipantau dan diuruskan dengan rapi, dengan keselamatan serta keselesaan penumpang kekal sebagai keutamaan utama,” menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gangguan sementara pada sistem pemprosesan penumpang global menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat di Malaysia
  • Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan gangguan tersebut dapat menjejaskan pengendalian penumpang
  • Syarikat penerbangan di lapangan terbang kendalian MAHB mengaktifkan prosedur luar jangka
  • Situasi di lapangan terbang dipantau dan diuruskan dengan rapi
  • Keselamatan dan keselesaan penumpang diutamakan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!