Lelaki maut di tapak pembinaan lapangan terbang

KOTA BHARU - Seorang lelaki maut dipercayai semasa melakukan kerja di tapak binaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini pada Rabu.
Mangsa, Muhammad Mas Idham Mahamad, 22, berasal dari Banting, Selangor itu dikatakan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Tinggi I Mohammad Shamsudin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.49 petang yang memaklumkan terdapat kejadian mangsa cedera di tapak pembinaan di LTSIP.
"Kami tiba di lokasi jam 5.07 petang bersama empat anggota termasuk pegawai.
"Setibanya di tempat kejadian, kami telah membuat size-up dan didapati benar terdapat kemalangan melibatkan dua mangsa lelaki," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, seorang mangsa mengalami patah kaki manakala seorang lagi iaitu Muhammad Mas Idham dikatakan tidak sedarkan diri.
Ujarnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi telah mengesahkan mangsa tidak sedarkan diri telah meninggal dunia.
"Operasi terkawal pada jam 5.17 petang dan mangsa diserahkan kepada pihak polis serta KKM untuk tindakan lanjut," katanya.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki maut di tapak binaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa
- Mangsa bernama Muhammad Mas Idham Mahamad berusia 22 tahun dari Banting, Selangor
- Pasukan bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 4.49 petang
- Pegawai dan empat anggota tiba di lokasi pada jam 5.07 petang
- Seorang mangsa mengalami patah kaki, manakala Muhammad Mas Idham meninggal dunia di tempat kejadian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

