Amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri hingga Khamis

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan Kelantan, Terengganu dan Sabah hingga esok. Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan Kelantan, Terengganu dan Sabah hingga esok. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan Kelantan, Terengganu dan Sabah hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara hingga tarikh berkenaan.

Keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan timur Sabah dalam tempoh terbabit.

Menurut kenyataan itu, amaran waspada di Kelantan melibatkan jajahan Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah serta Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus).

Bagi Sabah, amaran berkenaan melibatkan bahagian Kudat (Kudat dan Pitas) serta Sandakan (Paitan). - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!