X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada perintah berkurung di Teluk Intan

Gambar Hiasan.- Foto Sumber Internet
A
A

IPOH - Orang ramai dinasihat supaya tidak percaya terhadap mesej tular bahawa kerajaan melaksanakan perintah berkurung di daerah Hilir Perak.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam satu kenyataan hari ini menafikan mesej-mesej yang tersebar melalui media sosial itu sejak semalam.

Dalam kenyataan sama, orang ramai dinasihatkan untuk menyemak sebarang maklumat yang diterima dengan pihak berkuasa dan tidak menyebarkan berita palsu serta tidak sahih.

Sementara itu, sehingga jam 12 tengah hari tadi, Perak mencatat jumlah pesakit positif koronavirus (Covid-19) seramai 165 orang dengan pertambahan enam orang berbanding semalam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus