JPJ buat laporan polis, nafi keluar nombor pendaftaran siri 'EE'

Aedy Fadly Ramli
Aedy Fadly Ramli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah mengeluarkan dan menggunakan tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri "EE” seperti yang tular menerusi media sosial.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri "EE” tidak pernah diperkenalkan atau diluluskan oleh jabatan terbabit.

"Surat kelulusan yang tular menerusi media sosial itu adalah palsu dan satu bentuk penipuan (scam) yang berpotensi mengelirukan serta memperdaya orang awam.

"Hasil siasatan awal mendapati format dan identiti surat rasmi JPJ digunakan secara tidak sah oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk penggunaan kepala surat, gaya penulisan dan susun atur yang menyerupai dokumen rasmi JPJ,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Aedy Fadly berkata, tindakan terbabit menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai serta menjejaskan kredibiliti jabatan.

Susulan itu, pihaknya membuat laporan polis bagi siasatan lanjut dijalankan berhubung perkara itu.

"JPJ mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada, tidak mudah terperdaya dengan sebarang tawaran atau maklumat berkaitan nombor pendaftaran kenderaan yang meragukan serta sentiasa membuat semakan melalui saluran rasmi JPJ bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • JPJ tidak pernah mengeluarkan atau menggunakan tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri "EE"
  • Surat kelulusan siri "EE" yang tular di media sosial adalah palsu dan merupakan penipuan
  • Penipu menggunakan format dan identiti surat rasmi JPJ secara tidak sah
  • Tindakan ini menimbulkan kekeliruan dan menjejaskan kredibiliti JPJ
  • JPJ telah membuat laporan polis dan mengingatkan orang ramai untuk berwaspada terhadap penipuan seumpama itu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!