JPJ Kelantan sita 13 kenderaan mewah guna nombor pendaftaran palsu

Mohd Misuari (empat dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada kenderaan mewah yang berjaya disita sepanjang Op Khas Luxury yang bermula pada 1 Julai lalu.
Mohd Misuari (empat dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada kenderaan mewah yang berjaya disita sepanjang Op Khas Luxury yang bermula pada 1 Julai lalu.
A
A
A

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mendedahkan taktik pemilik kenderaan mewah yang sanggup menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Pengarah JPJ negeri, Mohd Misuari Abdullah bagaimanapun berkata, perbuatan itu berjaya dikesan selepas pihaknya menyita 13 kenderaan mewah bernilai lebih RM4.5 juta sepanjang Op Khas Luxury yang bermula pada 1 Julai lalu.

Menurut beliau, kenderaan yang disita termasuk Toyota Vellfire 2.5 (A), Toyota Alphard, BMW 523i, Ford Mustang Fastback dan Mercedes-Benz E250 CGI.

JPJ Kelantan mendedahkan taktik pemilik kenderaan mewah yang sanggup menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengelakkan dikesan.
JPJ Kelantan mendedahkan taktik pemilik kenderaan mewah yang sanggup menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengelakkan dikesan.

“Mereka juga berbuat demikian untuk mengelak daripada membayar cukai jalan.

“Sejak operasi ini dilancarkan sehingga Ahad, kami telah mengambil tindakan terhadap 15 kenderaan mewah di mana 13 daripadanya disita untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Beliau berkata, JPJ Kelantan turut mengesan pemilik kenderaan mewah menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengelirukan pihak berkuasa dan menyembunyikan kesalahan lain yang dilakukan.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, Mohd Misuari memaklumkan terdapat juga kes melibatkan warga asing yang memandu kenderaan mewah tanpa lesen memandu yang sah.

Ujarnya, antara kesalahan lain yang direkodkan ialah melanggar beberapa peraturan termasuk memandu tanpa lesen sah, lesen tamat tempoh atau tiada lesen kenderaan motor langsung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!