Suspek penyerang Pantai Bondi bekas askar Zionis?

Orang ramai berkumpul di sisi jambangan bunga di Bondi Pavilion bagi memperingati mangsa insiden tembakan di Pantai Bondi. Foto AFP
Orang ramai berkumpul di sisi jambangan bunga di Bondi Pavilion bagi memperingati mangsa insiden tembakan di Pantai Bondi. Foto AFP
A
A
A

SYDNEY - Media sosial heboh selepas salah seorang penyerang di Pantai Bondi, Australia didakwa sebagai bekas askar Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Dakwaan itu disertakan dengan profil Facebook milik Naveed Akram, 24, atau nama sebenarnya David Cohen yang melancarkan serangan tembakan hingga menyebabkan 15 terbunuh menjelang festival Hanukah pada Ahad lalu.

Catatan itu juga menyebut profil tersebut dipadamkan segera setelah ia menjadi tular, namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Ia kemudiannya didakwa sebagai berita palsu dan maklumat mengelirukan serta laporan media Barat menafikan sebarang kaitan penyerang dengan IDF.

Sebelum ini, ada rangkaian media mendakwa kedua-dua suspek yang maut ditembak merupakan rakyat Pakistan.

Ia juga gagal disahkan setelah muncul pula dakwaan Sajid, 50, dan Naveed tiba di Filipina pada bulan lalu sebagai 'warga India'.

Ketika ini, identiti kedua-dua suspek terus mencetuskan persoalan kepada banyak pihak, Canberra memaklumkan suspek kedua iaitu anak lelaki penyerang berada dalam radar Agensi Keselamatan Australia (ASIO) yang mempunyai kaitan dengan sel Daesh.

Pada Selasa, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mungkin pentaasub ideologi kumpulan Daesh. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Media sosial heboh dengan dakwaan penyerang di Pantai Bondi adalah bekas askar Pasukan Pertahanan Israel
  • Dakwaan itu berasaskan profil Facebook milik Naveed Akram yang berubah nama menjadi David Cohen
  • Profil Facebook tersebut dipadamkan segera setelah menjadi tular tanpa kesahihan yang pasti
  • Berita palsu dan maklumat mengelirukan soal kaitan penyerang dengan IDF disingkap
  • Identiti suspek mencetuskan persoalan dengan dakwaan suspek kedua berada dalam radar Agensi Keselamatan Australia kerana kaitan dengan sel Daesh

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!