Wanita ‘madukan’ suami tak marah, kalau lelaki berpoligami?

Kes wanita yang dikaitkan dengan isu ‘madukan suami’ di Kelantan baru-baru ini boleh dikatakan 'rare' kerana jarang berlaku di negara kita. Gambar hiasan
Kes wanita yang dikaitkan dengan isu ‘madukan suami’ di Kelantan baru-baru ini boleh dikatakan 'rare' kerana jarang berlaku di negara kita. Gambar hiasan
A
A
A

KES wanita yang dikaitkan dengan isu ‘madukan suami’ di Kelantan baru-baru ini boleh dikatakan rare. Sebab jarang berlaku di negara kita.

Cuma apa yang Merak Jalanan perhatikan adalah reaksi orang ramai terutamanya golongan wanita sedikit mengejutkan.

Ada komen-komen yang dilontarkan tidak memikirkan apa yang dilakukan oleh wanita itu menyalahi undang-undang agama kita.

Mereka membela seolah-olah menghalalkan apa yang wanita itu lakukan. Ada yang terus jadi peguam bela segera.

Ada yang kata: “mungkin suami pertama buat hal”, “mungkin rumah tangga dah lama rosak” dan “mungkin wanita itu tertekan”. Berapa banyak ‘mungkin’ yang diadun untuk menyalahkan si lelaki.

Yang lucu, bila kes beralih kepada lelaki bermadu secara rahsia, naratif berubah terus. Lelaki dilabel gatal, miang dan tak cukup satu.

Tak ramai pula yang sibuk mencari alasan kenapa lelaki itu buat begitu. Isteri kedua pula sering dianggap mangsa keadaan. Nampaknya simpati datang ikut jantina, bukan ikut prinsip.

Bak kata kawan Merak Jalanan, perempuan kalau bela kaum sejenis memang 'A'.

Merak Jalanan tak berminat nak suci-sucikan sesiapa. Salah tetap salah. Tapi bila kesalahan ditimbang dengan emosi, ia berubah jadi hiburan.

Artikel Berkaitan:

Yang satu dikutuk habis-habisan manakala satu lagi dibela sampai berlapik-lapik.

Hakikatnya, kes suami memadukan isteri secara rahsia jauh lebih banyak. Bezanya, ramai yang tak 'kantoi'. Tak tular dan tak jadi bahan perbualan.

Kalau 'kantoi', bersedialah untuk dipersalahkan. Adil atau tidak, terpulang pada penilaian wanita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!