Wanita 'madukan' suami sudah diambil keterangan- Exco Agama Kelantan

Seorang wanita yang didakwa 'memadukan' suaminya sudah diambil keterangan oleh Jaheaik bagi membantu siasatan pada Ahad.
Seorang wanita yang didakwa 'memadukan' suaminya sudah diambil keterangan oleh Jaheaik bagi membantu siasatan pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang wanita yang didakwa 'memadukan' suaminya sudah diambil keterangan oleh Jabatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) bagi membantu siasatan pada Ahad.

Perkara tersebut disahkan oleh Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud yang memaklumkan proses tersebut berlangsung di Pejabat Agama Tanah Merah.

"Tindakan ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut. Sebaik proses itu selesai, kita akan teliti semua keterangan barulah tindakan lanjut diambil," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, kertas siasatan berkaitan dakwaan seorang isteri bertindak 'memadukan' suaminya di Tanah Merah sudah dibuka oleh Jaheaik.

Menurut Mohd Asri, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 38 dan Seksyen 40 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002.

"Seksyen 38 itu berkait akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan.

"Seksyen 40 merujuk kepada kesalahan berhubung akad nikah," katanya.

Sebelum itu, tindakan seorang wanita berkahwin dengan lelaki lain ketika masih bergelar isteri terbongkar selepas perkara tersebut diketahui oleh keluarga mentuanya.

Rahsia yang disimpan selama setahun itu pecah selepas perkara tersebut berjaya dihidu oleh adik iparnya yang ingin dikenali sebagai Nur pada 6 Disember lalu.

Artikel Berkaitan:

Ia terbongkar selepas Nur memeriksa rumah suami kedua kakak iparnya itu di sebuah taman di Batu 11 di sini bersama anggota polis dan penduduk setempat bagi mengesahkan perkara tersebut.

Bagaimanapun lelaki yang didakwa 'dimadukan' oleh isterinya memaklumkan dia telah menceraikan wanita tersebut pada 15 Januari 2022.

Katanya, penceraian tersebut belum dilaporkan kepada Pejabat Agama Islam lagi.

Ringkasan AI

  • Wanita yang didakwa 'memadukan' suaminya telah diberikan keterangan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
  • Siasatan dilakukan di Pejabat Agama Tanah Merah berdasarkan laporan
  • Kes ini disiasat di bawah Seksyen 38 dan Seksyen 40 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002
  • Rahsia wanita berkahwin lain ketika masih bersuami terbongkar oleh keluarga mentua
  • Lelaki yang 'dimadukan' telah menceraikan wanita tersebut pada 15 Januari 2022 tetapi belum melaporkan penceraian itu ke Pejabat Agama Islam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!