Konflik Thailand-Kemboja kian memuncak

Sebuah jambatan di wilayah Pursat yang didakwa musnah dibedil tentera Thailand. - Foto AFP
Sebuah jambatan di wilayah Pursat yang didakwa musnah dibedil tentera Thailand. - Foto AFP
A
A
A

BANTEAY MEANCHEY – Pertempuran di sempadan Kemboja-Thailand memasuki minggu kedua pada Ahad selepas Bangkok menafikan dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa gencatan senjata telah dicapai bagi meredakan ketegangan tersebut.

Tindakan Thailand yang terus membedil sasaran di kawasan Kemboja menyebabkan pihak berkuasa bertindak segera menutup lintasan sempadan ke Bangkok sekali gus mengakibatkan ramai pekerja migran terkandas.

Konflik yang tercetus di kawasan perbatasan sepanjang 800 kilometer itu telah menyebabkan pemindahan kira-kira 800,000 penduduk di beberapa wilayah.

"Saya berada di sini selama enam hari. Saya mahu hujan bom ini segera dihentikan," kata Sean Leap, 63, di pusat penempatan sementara di wilayah Banteay Meanchey, Phnom Penh.

Sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk seorang askar wanita Kemboja yang sedang hamil, terkorban sepanjang minggu lalu.

Sehingga kini, kedua-dua pihak yang bertelagah saling menuding jari dan enggan menyerah kalah, serta masing-masing menggunakan alasan mempertahankan diri untuk terus melancarkan serangan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand, Surasant Kongsiri, mendakwa Kemboja terus membedil beberapa wilayah di sempadan.

Phnom Penh pula menuduh Bangkok menembak mortar dan mengebom secara bertalu-talu ke kawasan sempadan mereka. – AFP

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pertempuran di sempadan Kemboja-Thailand memasuki minggu kedua tanpa gencatan senjata
  • Thailand terus melakukan serangan menyebabkan pekerja migran terkandas
  • Konflik menyebabkan pemindahan 800,000 penduduk
  • Sekurang-kurangnya 25 orang terkorban termasuk seorang askar wanita hamil
  • Kedua-dua negara saling menuding dan melancarkan serangan sebagai pembelaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!