Janidah, Nuraina didakwa miliki kad pengenalan palsu

JOHOR BAHRU - Dua wanita warga Filipina mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Johor Bahru, atas pertuduhan memiliki kad pengenalan palsu, di sini Isnin lalu.
Janida Daimun, 53, dan Nuraina Asmawil, 33, membuat pengakuan berkenaan dihadapan Majistret A. Shaarmini setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Janidah yang bekerja sebagai pencuci bangunan, didakwa memiliki dua kad pengenalan palsu, atas nama satu individu.
Dalam masa sama, Nuraina yang bekerja sebagai penyelia kepada Janidah, didakwa memiliki kad pengenalan palsu atas nama dua individu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu Isnin lalu pada jam 7 malam di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor, pada Isnin.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara Noor Aliyah Yaacob dan tertuduh diwakili peguam Norasyikin Md Jabarulla.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh membayar denda RM5,000 dan jika gagal di bayar penjara enam bulan jika gagal bayar.
Ringkasan AI
- Dua wanita warga Filipina mengaku bersalah memiliki kad pengenalan palsu di Johor Bahru
- Janida Daimun dan Nuraina Asmawil didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru
- Janida didakwa memiliki dua kad pengenalan palsu dan Nuraina atas nama dua individu
- Kesalahan dilakukan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara Johor
- Mereka diperintahkan membayar denda RM5,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
