Banjir kilat, bumbung pentas runtuh, pokok tumbang di Johor Bahru




JOHOR BAHRU – Hujan lebat yang melanda bandar raya Johor Bahru ini petang Jumaat telah menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat serta pokok tumbang.
Selain itu, bumbung pentas di Dataran Bandaraya Johor Bahru dilaporkan runtuh ketika hujan lebat yang turut tular di media sosial.
Sekitar jam 3.50 petang, banjir kilat dilaporkan berlaku di Jalan Kolam Air, Nong Chik, Jalan Sungai Chat serta kawasan Tasik Merdeka.
Beberapa kenderaan bergerak perlahan manakala motosikal terpaksa berhenti akibat paras air yang naik mendadak serta berlumpur.
Malah bumbung pentas di Dataran Bandaraya Johor Bahru runtuh ketika hujan lebat sedang turun dimana insiden itu berlaku ketika persiapan majlis perasmian, namun tiada laporan kecederaan setakat ini.
Selain itu, pokok besar tumbang di laluan Danga Bay sebelum simpang Country Garden menghala ke pusat bandar, menyebabkan gangguan lalu lintas sementara pasukan berkuasa membersihkan laluan.
Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan, mengelak kawasan rendah dan mematuhi arahan keselamatan sepanjang tempoh cuaca buruk ini.
Ringkasan AI
- Hujan lebat di Johor Bahru menyebabkan banjir kilat dan pokok tumbang
- Bumbung pentas di Dataran Bandaraya Johor Bahru runtuh akibat hujan
- Banjir kilat berlaku di Jalan Kolam Air, Nong Chik, Jalan Sungai Chat dan kawasan Tasik Merdeka
- Beberapa kenderaan bergerak perlahan dan motosikal terpaksa berhenti sebab air naik mendadak
- Pokok besar tumbang di laluan Danga Bay menyebabkan gangguan lalu lintas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

