Tiada lesen memandu kesalahan paling tinggi

Zulkarnain (kiri), Hanif Yusabra dan Siti Zarina memeriksa dokumen salah sebuah kenderaan pada operasi berkenaan.
Zulkarnain (kiri), Hanif Yusabra dan Siti Zarina memeriksa dokumen salah sebuah kenderaan pada operasi berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Tiada lesen memandu merupakan kes kesalahan tertinggi yang direkodkan sepanjang Operasi Rentas Sempadan Zon Selatan 2025.

Menurut Pengarah JPJ Johor, Zulkarnain Yasin, kesalahan berkenaan tersebut telah merekodkan sebanyak 1,601 notis saman bagi kesalahan tersebut di sepanjang pelaksanaanya mulai 2 Disember hingga 10 Disember di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Malah katanya, operasi tersebut turut menyaksikan sebanyak 5,741 notis P22 dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 26,358 kenderaan.

“Bagi Negeri Sembilan, hampir 60 peratus kes yang direkodkan melibatkan pemandu tidak mempunyai lesen memandu.

"Lebih membimbangkan, hampir 40 peratus daripada kes tersebut melibatkan pemandu bawah umur,” katanya pada sidang akhbar sempena operasi berkenaan.

Hadir sama, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf dan Siti Zarina Mohd Yusop (Melaka).

Tambah Zulkarnain, JPJ turut mengeluarkan 1,371 notis bagi kesalahan lesen tamat tempoh, manakala 1,175 notis pula membabitkan pemandu yang tiada perlindungan insurans.

Malah katanya, operasi yang melibatkan 146 pegawai dan anggota itu turut melakukan sitaan terhadap 40 motosikal, 16 kereta dan 21 kenderaan barangan, dengan setiap kompaun ditetapkan sebanyak RM300.

Sementara itu Zulkarnain berkata, JPJ turut menyasarkan peningkatan Perception of New Court (POVC) sebagai indikator kesedaran masyarakat terhadap penguatkuasaan JPJ.

Artikel Berkaitan:

Katanya, walaupun sasaran ditetapkan pada 70 peratus, operasi kali ini telah mencatatkan pencapaian sebanyak 88 peratus.

“Keadaan ini menunjukkan kehadiran JPJ di lapangan memberikan mpak positif dalam mendidik pengguna jalan raya.

"Kita akan terus mempertingkat kan kehadiran pihak penguatkuasa terutamanya di lokasi yang dikenal pasti berisiko,” katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!