PRK Kinabatangan, Lamag: SPR bermesyuarat Selasa depan

Satu mesyuarat khas akan didadakan susulan ke,atian penyandang kerusi Parlimen dan DUN berkenaan.
Satu mesyuarat khas akan didadakan susulan ke,atian penyandang kerusi Parlimen dan DUN berkenaan.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mesyuarat khas susulan kekosongan kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen P.187 Kinabatangan dan Dewan Undangan N.58 Lamag di Sabah.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahrul Idrus berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul pada Isnin dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya pada Selasa. 

"Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah yang memperuntukkan bahawa kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P187 Kinabatangan dan Dewan Undangan N58 Lamag, Sabah hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan dipastikan SPR," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Khairul Shahrul berkata, mesyuarat yang  dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Sri Ramlan Harun akan memutuskan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK)  Kinabatangan dan PRK Lamag.

Ia termasuklah tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan-persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

"Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut berakhir," jelasnya.

Bung Moktar,66, yang juga Pengerusi BN Sabah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar  jam 1.46 pagi tadi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu pada Jumaat lalu. 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk kekosongan kerusi Parlimen P.187 Kinabatangan dan DUN N.58 Lamag di Sabah
  • SPR menerima pemakluman rasmi dari Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah
  • Kekosongan harus diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan dipastikan oleh SPR
  • Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah mengatur tentang pengisian kekosongan
  • Kenyataan ini dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahrul Idrus

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!