JPN cekup dua warga Filipina miliki kad pengenalan palsu

Kedua-dua wanita warga Filipina berkenaan ditahan pada Isnin. - Foto JPN Johor
Kedua-dua wanita warga Filipina berkenaan ditahan pada Isnin. - Foto JPN Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Isnin menahan dua wanita warga Filipina kerana disyaki memiliki dan menggunakan kad pengenalan palsu.

JPN dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua wanita berusia 33 dan 53 tahun itu bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Taman Desa Tebrau di sini.

"Mereka ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) JPN Putrajaya bersama-sama BSK JPN Johor dalam operasi Op Kutip selepas didapati menggunakan dokumen pengenalan diri palsu ketika pemeriksaan dibuat.

“Kedua-duanya telah dibawa ke JPN Johor dan diserahkan kepada BSK JPN Johor untuk siasatan lanjut.

“Mereka ditahan kerana disyaki telah melanggar Peraturan 25(1)(e) PPN 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda hingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, menerusi kenyataan berkenaan, pihak JPN turut memaklumkan bahawa operasi yang dijalankan merupakan sebahagian usaha berterusan bagi menangani isu penyalahgunaan kad pengenalan dalam kalangan warga asing.

“JPN meminta orang ramai agar terus menyalurkan maklumat bagi membanteras isu penyalahgunaan dokumen pengenalan diri agar tidak berleluasa,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Pendaftaran Negara menahan dua wanita warga Filipina kerana memiliki kad pengenalan palsu
  • Kedua-dua wanita tersebut berusia 33 dan 53 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci di Taman Desa Tebrau
  • Mereka ditahan dalam operasi Op Kutip selepas didapati menggunakan dokumen pengenalan diri palsu
  • Wanita tersebut boleh menghadapi hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda hingga RM20,000
  • JPN melakukan operasi tersebut sebagai usaha berterusan menangani isu penyalahgunaan kad pengenalan warga asing

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!