Cukup-cukuplah sokong perniagaan warga asing

Serbuan terhadap warga asing di Selayang hanya akan berjaya jika masyarakat bersama pihak berkuasa dengan hentikan sokongan terhadap perniagaan warga asing dan utamakan barangan tempatan. Gambar hiasan
Serbuan terhadap warga asing di Selayang hanya akan berjaya jika masyarakat bersama pihak berkuasa dengan hentikan sokongan terhadap perniagaan warga asing dan utamakan barangan tempatan. Gambar hiasan
A
A
A

SERBUAN pihak berkuasa terhadap kegiatan melibatkan warga asing di Selayang baru-baru ini bersifat sia-sia dan sementara jika hanya menyerahkan kepada kerajaan semata-mata untuk membasminya secara total.

Bukan tidak menghargai usaha dilakukan Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor, yang diketuai Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari sebaliknya masyarakat perlu bersama mengambil berat dan berperanan aktif menjadi mata dan telinga pihak berkuasa.

Selayang tumpuan serbuan kelmarin, satu lokasi yang sangat strategik hanya lebih kurang 20 kilometer daripada Menara Berkembar Petronas iaitu mercu tanda negara dicemari dengan perniagaan warga asing.

Isu utamanya bukan hanya melihat kepada kepada operasi atau kegiatan perniagaan yang dilakukan warga asing ini, tetapi lihat juga dengan siapa mereka melakukan urus niaga secara berterusan hingga dapat membina empayar perniagaan.

Orang tempatanlah yang menjadi pelanggan mereka. Jika tidak, masakan mereka terus berkuasa dan berniaga secara bebas. Apabila tidak terkawal, kita mula menuding jari kepada pihak berkuasa ‘kononnya’ tutup mata terhadap kegiatan ini, malahan lebih buruk menuduh ‘makan suap’.

Tangkapan seramai 843 warga asing atas pelbagai kesalahan itu bukanlah satu jumlah yang sedikit dan bakal mengundang pelbagai risiko yang terhadap masyarakat tempatan, antaranya ancaman keselamatan setempat dan juga kesihatan.

Ketika ditahan dalam operasi itu, mereka langsung tiada dokumen pengenalan diri, bagaimana pula dengan sijil kesihatan dan kawalan penyakit yang lain.

Ya, memang nampak mudah. Tetapi kita sendiri membiarkan mereka berleluasa dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa bertanggungjawab kepada negara.

Akhirnya, ia menjadi barah dalam kehidupan barulah nak bertempik dan berteriak, akhirnya kampung sendiri tergadai, paling tragis rakyat Malaysia sendiri berurusan dengan mereka untuk mendapatkan keperluan harian.

Artikel Berkaitan:

Jadikanlah serbuan terbaharu ini sebagai titik mula, jika kita tidak mahu ekonomi dan kawasan kita dijajah, ayuh rakyat Malaysia jika tidak mampu ambil alih perniagaan mereka, mulakan dengan boikot bisnes mereka. Ingat kempen Buy Muslim First? Jom mulakan kempen beli barang jualan rakyat Malaysia sahaja.

Ringkasan AI

  • SERBUAN pihak berkuasa terhadap kegiatan melibatkan warga asing di Selayang bersifat sia-sia tanpa kerjasama masyarakat
  • Masyarakat perlu aktif menjadi mata dan telinga pihak berkuasa
  • Selayang tumpuan serbuan, strategik dan dicemari perniagaan warga asing
  • Isu utamanya termasuk urus niaga berterusan warga asing dengan orang tempatan
  • Tangkapan 843 warga asing menunjukkan risiko keselamatan dan kesihatan kepada masyarakat tempatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!