Lelaki warga asing mengamuk diberkas

GOMBAK – Seorang lelaki warga asing yang bertindak agresif dan mengamuk dengan menggunakan senjata tajam telah diberkas di sebuah pangsapuri di Taman Wangsa Permai di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, suspek ditahan polis pada jam 11.30 pagi.
“Satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Noor Ariffin turut menyeru orang awam yang melihat kejadian tersebut atau mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan.
“Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor D. Velraj di talian 013-3631913 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-6126 2222,” katanya lagi.
Terdahulu, tular satu video berdurasi 26 saat yang memaparkan sekumpulan anggota polis menahan suspek di kawasan pangsapuri berkenaan sebelum membawa lelaki tersebut ke dalam kenderaan peronda polis (MPV).
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga asing agresif dengan senjata tajam diberkas di pangsapuri Taman Wangsa Permai
- Polis menahan suspek itu pada jam 11.30 pagi
- Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah
- Orang ramai diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak
- Video tular memaparkan penahanan suspek oleh anggota polis di pangsapuri tersebut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
