Pameran di WQC hidupkan semangat buka lebih banyak Rumah Ngaji

Gharizah menunjukkan bilangan Rumah Ngaji aktif di seluruh negara.
Gharizah menunjukkan bilangan Rumah Ngaji aktif di seluruh negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pameran Rumah Ngaji bersempena World #QuranConvention (WQC) mencetuskan gelombang minat luar biasa apabila ramai peserta tampil menyatakan hasrat untuk membuka Rumah Ngaji di kawasan masing-masing.

Penyelaras Rumah Ngaji Negeri Sembilan, Gharizah Hashim berkata, maklum balas diterima amat memberangsangkan dan menunjukkan peningkatan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mempelajari al-Quran.

"Alhamdulillah, ramai juga berminat dan ingin mendapat maklumat berkaitan Rumah Ngaji dan sebagainya.

"Pameran ini berjaya memberikan info jelas kepada peserta sehingga mendorong minat untuk membuka Rumah Ngaji di kawasan masing-masing atau membuka ruang khas untuk pengajian tadabbur," katanya.

Pameran Rumah Ngaji bersempena WQC.
Pameran Rumah Ngaji bersempena WQC.

Beliau berkata, penerangan secara langsung menerusi platform WQC sangat penting bagi memberi pemahaman menyeluruh tentang fungsi serta manfaat Rumah Ngaji.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang memainkan peranan besar dalam menggerakkan Rumah Ngaji hingga berkembang ke seluruh negara.

Gharizah turut berkongsi perkembangan Rumah Ngaji Negeri Sembilan yang ditubuhkan sejak 2015 dan semakin dikenali melalui pelbagai kempen yang digerakkan oleh WUIF sehingga jenama Rumah Ngaji itu semakin kukuh dan mantap.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pelbagai kelas al-Quran percuma yang menekankan aspek baca, faham dan amal terus menarik perhatian komuniti, sekali gus memberi impak berterusan kepada penglibatan masyarakat.

"Dengan adanya WQC, kami bersyukur diberi peluang dan mandat untuk bercerita kepada peserta tentang Rumah Ngaji. Semoga ALLAH SWT membuka pintu hati mereka untuk membuka Rumah Ngaji sebanyak-banyaknya.

"Matlamat kita mahu setiap rumah menjadi Rumah Ngaji," ujarnya lagi.

Sehingga kini, terdapat 1,230 Rumah Ngaji aktif di seluruh negara, manakala tiga lagi di Makkah yang aktif memberi khidmat komuniti berkenaan.

Ringkasan AI

  • Pameran Rumah Ngaji mencetus minat ramai untuk membuka pusat pengajian Al-Quran
  • Maklum balas dari peserta pameran sangat memberangsangkan
  • Pameran berjaya berikan info jelas dan mendorong pembukaan Rumah Ngaji
  • Yayasan Warisan Ummah Ikhlas berperanan besar dalam pengembangan Rumah Ngaji
  • Terdapat 1,230 Rumah Ngaji aktif di seluruh negara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!