WQC 2025: Umat Islam perlu fahami dengan jelas konsep tijarah

Imran ketika Forum Betong Business: Tijarah Withdrawals Devine Purpose sempena World #QuranConvention 2025 pada Ahad.
Imran ketika Forum Betong Business: Tijarah Withdrawals Devine Purpose sempena World #QuranConvention 2025 pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Umat Islam perlu memahami dengan jelas kejayaan sesuatu perniagaan tidak diukur melalui jatuh atau bangunnya pasaran tetapi apa yang kekal di sisi ALLAH SWT.

Ketua Eksekutif Oxford Intellect, Dr Imran Alvi berkata, kejayaan sebenar tidak diukur dengan jatuh bangunnya pasaran, tetapi dengan apa yang kekal di sisi ALLAH SWT.

Menurutnya, menyedari akan hakikat itu konsep tijarah iaitu perniagaan berasaskan nilai antara manusia dengan ALLAH harus difahami secara mendalam oleh seluruh umat Islam.

“Tijarah dari perspektif Islam sangat jelas yang mana ia haruslah perniagaan yang bermatlamat, ia perlu adil dan perlu ada etika. Tapi bagaimana kita takrifkan itu, sama ada ia bermatlamat kepada kita atau tidak bermatlamat, beretika atau tidak beretika, takrifannya mungkin berbeza.

“Membuat keuntungan, membuat duit dianggap sikap semula jadi bagi mana-mana pihak yang terlibat dalam perniagaan tapi jika kita kembali kepada konsep tijarah, kita akan berjaya kerana apa guna keuntungan tanpa keberkatan. Itu paling utama,” katanya ketika Forum: Betong Business: Tijarah Withdrawals Devine Purpose sempena World #QuranConvention 2025 pada Ahad.

Forum berkenaan turut menampilkan Pengerusi Dagang NeXchange Bhd, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, manakala Pengerusi Forum Ekonomi Manusiawi (FEM), Profesor Datuk Dr Saadiah Mohamad selaku moderator.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sejarah membuktikan bahawa apabila prinsip Islam mentadbir ekonomi, masyarakat berkembang dalam keadilan dan keamanan.

Menurutnya, konsep ketuhanan perdagangan yang diwahyukan dalam Surah Al-Saff yang bermaksud (wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?" - Al-Saff:10) turut memberi penekanan terhadap tijarah.

“Tijarah mempunyai tiga bahagian utama yang dipanggil elemen pertukaran beri, ambil dan pihak terlibat. Kita tidak membuat pertukaran tanpa sebab, kita membuat pertukaran dengan jangkaan keuntungan.

Artikel Berkaitan:

“Apabila kita faham bahawa, ya benar perdagangan boleh dibuat dengan manusia dan secara langsung dengan ALLAH SWT, maka kita akan faham mengenai tijarah itu sendiri,” katanya.

WQC 2025 yang berlangsung dua hari bermula Sabtu turut menampilkan penceramah terkenal lain antaranya Pengasas Institut Bayyinah dari Amerika Syarikat (AS), Nouman Ali Khan; Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Datuk Dr Ahmad Sany Araby Abdul Alim Araby

Ringkasan AI

  • Umat Islam perlu memahami kejayaan perniagaan tidak hanya diukur melalui pasaran tetapi apa yang kekal di sisi ALLAH SWT
  • Konsep tijarah dalam Islam bermatlamat, adil, dan beretika
  • Keuntungan tidak utama jika tanpa keberkatan dalam konsep tijarah
  • Perdagangan menurut prinsip Islam membawa keadilan dan keamanan dalam masyarakat
  • Tijarah melibatkan elemen pertukaran beri, ambil dan pihak terlibat dengan tujuan keuntungan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!