RFC 2025: GG 4x4 Terengganu lawan jentera moden kejar podium

Land Rover Defender Series 3 88 berusia hampir separuh abad menjadi taruhan buat pasukan dari Terengganu, GG 4x4 untuk memburu kejuaraan Rainforest Challenge Grand Final 2025 yang akan berakhir pada 10 Disember ini.
Land Rover Defender Series 3 88 berusia hampir separuh abad menjadi taruhan buat pasukan dari Terengganu, GG 4x4 untuk memburu kejuaraan Rainforest Challenge Grand Final 2025 yang akan berakhir pada 10 Disember ini.
A
A
A

MOMENTUM pasukan kerdil dari Terengganu, GG 4x4, yang mempertaruhkan 'aliroba buruk' Land Rover Defender Series 3 88 berusia hampir separuh abad, masih kekal utuh untuk mengharungi baki perlumbaan Rainforest Challenge (RFC) Grand Final 2025 yang dijadualkan berakhir pada Rabu ini di Gua Musang, Kelantan.

Selepas menempuh lima hari perlumbaan sejak 2 Disember lalu melibatkan 24 peringkat cabaran khas (SS) dalam hutan belantara, GG 4x4 hanya mencatatkan satu insiden ‘DNS’ (Did Not Start) apabila jentera mereka mengalami masalah teknikal ketika memulakan perlumbaan di SS16 pada hari pertama perlumbaan di Gua Musang.

“Sepanjang perlumbaan yang masih berbaki beberapa hari lagi, kami hanya sekali mencatat DNS pada hari pertama disebabkan masalah teknikal. Ia bukanlah sesuatu yang menggembirakan, namun kami masih berpuas hati kerana terdapat pasukan lain yang berdepan masalah lebih serius untuk menamatkan perlumbaan.

“Walaupun jentera perlumbaan kami sudah berusia, namun ia masih mampu memberi saingan kepada pasukan-pasukan lain yang tampil dengan jentera moden untuk memburu kejuaraan,” kata Pengurus Pasukan GG 4x4, Azili Safeei yang berpangkalan di Marang, Terengganu.

Tambah beliau, motivasi pasukan masih berada di tahap terbaik walaupun sesekali diuji dengan cabaran luar jangka yang memaksa kru mekanik bekerja keras membaiki jentera dalam keadaan serba kekurangan.

Azili Safeei akui walaupun jentera perlumbaan mereka sudah berusia, namun ia masih mampu memberi saingan kepada pasukan-pasukan lain yang tampil dengan jentera moden untuk memburu kejuaraan.
Azili Safeei akui walaupun jentera perlumbaan mereka sudah berusia, namun ia masih mampu memberi saingan kepada pasukan-pasukan lain yang tampil dengan jentera moden untuk memburu kejuaraan.

“Melihat kepada situasi semasa, kami percaya ada peluang untuk menaiki podium nanti. Persaingan masih terbuka buat semua pasukan, tetapi faktor cuaca dijangka memberi cabaran berganda di dalam hutan,” ujarnya.

Selain pasukan tempatan, cabaran turut diberikan oleh pasukan antarabangsa dari Rusia, Poland dan Latvia, melibatkan keseluruhan 22 jentera pasukan.

Artikel Berkaitan:

RFC Grand Final 2025 yang dijadualkan melabuhkan tirainya pada 10 Disember ini merupakan siri terakhir perlumbaan lasak jentera 4x4 musim ini selepas melalui beberapa pusingan di pelbagai negara sepanjang tahun.

Ringkasan AI

  • MOMENTUM pasukan GG 4x4 dari Terengganu dengan Land Rover Defender Series 3 88 masih kuat dalam Rainforest Challenge Grand Final 2025 di Gua Musang, Kelantan
  • Pasukan mencatatkan satu insiden 'DNS' kerana masalah teknikal pada hari pertama
  • Walaupun jentera perlumbaan berusia, mampu bersaing dengan pasukan lain
  • Motivasi pasukan tetap tinggi walaupun diuji dengan cabaran luar jangka
  • RFC Grand Final 2025 adalah siri terakhir perlumbaan lasak jentera 4x4 untuk musim ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!