Silva berang keputusan VAR beri sepakan percuma kepada Manchester United

Insiden yang berlaku menyumbang kepada gol pertama United. - Foto: Agensi
Insiden yang berlaku menyumbang kepada gol pertama United. - Foto: Agensi
A
A
A

PENGENDALI Fulham, Marco Silva meluahkan kemarahannya terhadap keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang disifatkannya sebagai tidak pernah berlaku sebelum ini selepas skuadnya tewas tipis 2-3 kepada Manchester United di Old Trafford.

Silva mempertikaikan keputusan pengadil memberikan sepakan percuma kepada tuan rumah yang membawa kepada gol pembukaan perlawanan.

Kontroversi bermula apabila pengadil, John Brooks meniup wisel memberikan penalti susulan terjahan oleh Jorge Cuenca ke atas Matheus Cunha.

Bagaimanapun, ulang tayang menunjukkan pertahanan Fulham itu berjaya mendapatkan bola dan membatalkan penalti. Brooks kemudiannya tidak meneruskan permainan dengan sepakan penjuru, sebaliknya memberikan sepakan percuma di luar kotak penalti atas dakwaan berlaku tarikan baju.

Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya apabila hantaran lintang Bruno Fernandes disudah dengan tandukan oleh Casemiro untuk meletakkan United di depan.

Silva mendakwa penalti asalnya diberikan kerana terjahan tersebut, bukan kerana berlaku penarikan baju.

"Ia adalah keputusan yang sangat, sangat buruk oleh John Brooks. Jelas sekali penalti itu diberikan (kerana terjahan). Selepas itu, muncul keputusan yang berbeza sama sekali. Ini kali pertama musim ini kami melihat perkara sebegitu.

"Ia keputusan yang ngeri. Penalti diberikan kerana terjahan itu. Kemudian, disebabkan keputusan itu terlalu silap, mereka mencari kesalahan lain.

"Saya simpati dengan pemain dan peminat kami, tetapi kita perlu menghormati mereka yang bertugas. Saya tahu kenapa penalti itu diberikan. VAR mencari arah yang berbeza semata-mata untuk mencari sepakan percuma, tetapi itu bukan sebab asal penalti diberikan," tegas Silva.

Artikel Berkaitan:

Dalam aksi mendebarkan itu, Fulham menyangka mereka berjaya mencuri satu mata apabila Kevin menjaringkan gol penyamaan 2-2 pada minit ke-91. Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Benjamin Sesko meledak gol kemenangan buat United tiga minit kemudian.

Ringkasan AI

  • Marco Silva, pengendali Fulham, marah terhadap keputusan VAR dalam kekalahan 2-3 kepada Manchester United
  • Silva mempertikaikan sepakan percuma yang membawa kepada gol pembukaan untuk United
  • Kontroversi muncul apabila penalti diberikan tetapi dibatalkan setelah ulang tayang, diganti dengan sepakan percuma
  • Casemiro menjaringkan gol dari sepakan percuma tersebut
  • Fulham berpendapat mereka berhak mendapat satu mata setelah menyamakan kedudukan 2-2, tetapi United menjaring gol kemenangan tiga minit kemudian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!