Suspek ancaman bom palsu di Terminal 1 KLIA diserah kepada polis

PUTRAJAYA - Seorang individu yang mencetuskan ancaman bom palsu membabitkan pelepasan penerbangan tempatan di Terminal 1 Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) semalam telah ditahan dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan insiden itu pertama kali dilaporkan pada jam 5.32 petang sejurus sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.
Pasukan Keselamatan Penerbangan telah mengaktifkan protokol respons yang diperlukan, menutup kawasan terbabit dan melakukan penyelarasan dengan pihak berkuasa berkaitan.
“Pasukan Keselamatan Penerbangan bersama-sama PDRM dan unit pemusnah bom, telah menyelesaikan penilaian terperinci di lokasi kejadian.
“Pihak berkuasa telah mengisytiharkan operasi ditamatkan pada 8.58 malam sekali gus mengesahkan bahawa keadaan adalah selamat dan insiden itu merupakan amaran palsu,” menurut kenyataan itu.
MAHB memaklumkan bahawa semua penumpang berada dalam keadaan selamat sepanjang proses itu dan pesawat terbabit kemudian berlepas pada 7.19 malam.
“Operasi di lapangan terbang kemudian berjalan tanpa sebarang gangguan,” menurut kenyataan itu sambil mengingatkan semua pengembara bahawa membuat ancaman palsu merupakan kesalahan yang serius di bawah undang-undang Malaysia. - Bernama
Ringkasan AI
- Seorang individu yang mencetuskan ancaman bom palsu di Terminal 1 KLIA telah ditahan dan diserahkan kepada PDRM
- Insiden itu dilaporkan pada 5.32 petang sebelum waktu berlepas yang dijadualkan
- Pasukan Keselamatan Penerbangan dan PDRM telah mengaktifkan protokol respons dan mengesahkan keadaan adalah selamat Penumpang dan pesawat terbabit berada dalam keadaan selamat, dengan penerbangan berlepas pada 7.19 malam
- MAHB mengingatkan bahawa membuat ancaman palsu merupakan kesalahan serius di bawah undang-undang Malaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
